travel, food and lifestyle blog

Saturday, December 05, 2015

TEATER BAWANG PUTIH BAWANG MERAH DI ISTANA BUDAYA


TEATER BAWANG MERAH BAWANG PUTIH DI ISTANA BUDAYA | Selepas berjayanya teater musikal Mak Cun pada beberapa minggu yang lepas, kini Eirma Fatima memeriahkan kembali Panggung Sari Istana Budaya dengan pementasan Teater Musikal Bawang Putih Bawang Merah (TBPBM). *apa yang menariknya dengan pementasan TBPBM kali ni?

perbalahan antara mak Kundur dan mak Labu
Semua sudah sedia maklum dengan jalan cerita lagenda ini. Bagaimana nasib ibu Labu bersama anaknya si Merah selepas kematian ayah si Merah. Keadaan semakin teruk setelah ibu si Merah iaitu Labu mati dibunuh madu sendiri akibat cemburu dendam. Sudah semestinya Eirma Fatima telah membawakan suatu kelainan pada pementasan TBPBM pada kali ini.

penambahan watak si bongkok yang dilakonkan oleh beto  kusyairy
Ada watak baru cuba beliau tonjolkan untuk membantu menghidupkan lagi penceritaan sebenar iaitu Si Bongkok yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy.

peyiksaan mak Kundur terhadap anak tiri beliau si Merah
Penggunaan prop dan lagu pada TBPBM arahan Eirma Fatima ini boleh dipuji.

adengan mencuit hati




Apa yang MY boleh katakan, persembahan TBPBM ini sangat berbaloi ditonton. Penuh dengan nilai-nilai murni dan pengajaran. Ianya merupakan Teater rakyat sesuai untuk tontonan umum. Dapatkan tiket anda sekarang.

Foto : Khai Artzfar

Share:

5 comments:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive