travel, food and lifestyle blog

Wednesday, September 02, 2015

JOM JELAJAH KOPERASI NEGERI SARAWAK 2015


JOM JELAJAH KOPERASI NEGERI SARAWAK 2015 | Pada 10-15 ogos 2015 yang lepas, MY telah berpeluang meyertai FAM trip Jom Jelajah Koperasi Sarawak. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali pertama MY menjejaki bumi Sarawak ni, dan ianya sangat mengujakan.

Tujuan program Jom Jelajah Koperasi Sarawak ini adalah untuk mempromosikan produk-produk pelancongan koperasi dan aktiviti hiliran yang berkaitan dengannya. Ternyata banyak koperasi yang wujud di negeri Sarawak ni dan diantaranya yang menarik minat MY ialah seperti berikut:

KOPERASI TEBAKANG MELAYU SERIAN BERHAD | Kami disini berpeluang untuk menaiki boat panjang menyusuri sungai kayan untuk berkelah.

Merentasi Sungai Kayan dengan bot panjang
Pegunjung juga boleh membuat aktivit lain yang disediakan di sini seperti lawatan ke kampung, penglibatan dalam aktiviti pertanian, jungle trekking, memancing ikan, menyusuri sungai Batang Kayan, long boat river safari and picnic. Koperasi ini turut menyediakan homestay bagi mereka yang ingin tinggal lama.

Kek jantung pisang
Disini juga kami telah diperkenalkan dengan Kek Jantung Pisang [klik] yang mana ianya dikatakan merupakan pelopor kepada Kek Lapis Sarawak sekarang.

Koperasi Kampung Melayu Tebakang Serian Berhad
Alamat : Kampung Melayu Tebakang, 94750, Tebakang Serian, Sarawak Malaysia

KOPERASI KAMPUNG MONGKOS SERIAN BERHAD | Disini kami berpeluang untuk mengenali dan mendekati budaya masyarakat Bidayuh. Dari awal kehadiran kami disambut meriah dengan penuh adat istiadat kepercayaan masyarakat Bidayuh ini. Kami juga turut dihiburkan dengan beberapa buah tarian tradisi oleh anak-anak Bidayuh.

Rumah panjang masyarakat Bidayuh Sarawak
Mereka juga mempunyai tarikan yang cukup unik iaitu sebuah rumah panjang 24 pintu [klik] yang masih berfungsi mengekalkan budaya masyarakat Bidayuh di Sarawak.

Untuk pengetahuan korang, jarak untuk ke sempadan indonesia hanya 2.5 km sahaja dari perkampungan ini. Tapi kerana kesuntukan masa kami tidak sempat untuk ke sempadan.

Dekat untuk ke sempadan Indosesia
Selain dari tarikan utama iaitu rumah panjang, mereka juga mempunyai beberapa buah homestay dan pelbagai aktiviti menarik untuk pegunjung yang datang. Antara tarikan lain yang korang boleh dapat di sini adalah Air Terjun Silungkong, ianya megambil masa 45 minit treking dari kampung, sepanjang perjalanan itu anda juga boleh menikmati keindahan flora dan fauna. Di sini juga sangat popular dengan sambutan Pesta Gawai / Harvest yang disambut pada bulan Mei-Jun.

Koperasi Kampung Mongkos Serian Berhad
Alamat : Daerah Serian, d/a Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Sarawak, 94700 Serian, Malaysia.

KOPERASI WARISAN PELANCONGAN BAKO KUCHING | Berpeluang untuk mendekati alam semulajadi dengan membuat lawatan ke Taman Negara Bako.

Lawatan ke kampung Melayu Bako
Disini juga kami berpeluang ke Kampung Melayu Bako iaitu antara perkampungan nelayan yang wujud di sini. Menikmati makan tengahari bersama penduduk kampung dengan makanan laut yang sangat fresh.

Belacan Bako
Kami juga berpeluang untuk melihat sendiri proses pembuatan belacan Bako yang cukup popular di negeri Sarawak.

Koperasi Warisan Pelancongan Berhad
Alamat : Jeti Terminal Taman Negara Bako, Kampung Bako, Kuching, Sarawak.
Tel: +6017-8857798
Email: pbptnbsarawak@gmail.com

KOPERASI KELUARGA SUMIRAN KUCHING BERHAD | Satu-satunya koperasi yang lain dari yang lain yang telah kami lawati di negeri Sarawak ni. Diuruskan sepenuhnya oleh keluarga Sumiran. Ianya merupakan Eco-Camp yang sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti lasak dan outdoor.

Camp fire
Program yang ditawarkan Sumiran Eco-Camp ialah:

* Teambuilding
* Leadership and Prefect Training
* Family Day Reatreat and Birthday
* Outdoor Zumba
* Boot Camp, dengan syarat :

* Minima 30 peserta
* Termasuk makan dan minum
* Dengan penginapan
* Termasuk fasilitator/jurulatih

Koperasi Keluarga Sumiran Kuching Berhad
Alamat : Lot 896, Rantau Panjang, Batu Kawa, Matang Land District 93250 Kuching, Malaysia.
Tel : 010-979 2061 / 012-881 1952 / 082-645 591
_____________________

Selain dari 4 yang dilawati ini, masih banyak lagi koperasi yang wujud dan aktif di seluruh Malaysia termasuk negeri Sarawak ni sendiri. Ianya boleh dilihat jika korang berpeluang ke Hari Koperasi Negara 2015 yang lepas.

Terima kasih kepada Majalah Gaya Travel kerana telah memberi peluang kepada MY untuk terbang ke bumi kenyalang ni bersama-sama dalam program JOM JELAJAH KOPERASI SARAWAK 2015 ni.


Share:

9 comments:

  1. bestnyaaaa tak penah sampai lagi sarawak

    ReplyDelete
  2. unik betul kek jantung pisang dan belacan bako tu. mati2 ingat belacan bako tu gula kabung.hihi

    jemput baca
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/2015/09/idea-menanam-daun-bawang-tanpa.html

    ReplyDelete
  3. Saya pon teringin nak ke Serawak. Tak pernah lagi ke sana. Harap ada peluang suatu hari nanti. Seronok juga tengok MY jelajah serawak ni.

    ReplyDelete
  4. mmg pelik tgk kek jantung pisang tu

    belacan bako...order 1..heheh

    lg satu yangpakai spec mata tu siapa? mcm kenal

    ReplyDelete
  5. Bestnya sebab macam-macam boleh jumpa makanan yang tiada di semenanjung

    ReplyDelete
  6. wah bestnya dapat pergi sarawak..

    ReplyDelete
  7. apa rasa kek jantung pisang tu..cam best je

    ReplyDelete
  8. Bestnya g Sarawak heheheh sapa nak bawa saya ker sana pulak....

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive