Friday, September 11, 2015

MENU TERBARU AUNTIE ANNE'S 2015


MENU TERBARU AUNTIE ANNE'S 2015 | Korang perasan tak, kalau ke shopping mall mesti je ada outlet Auntie Anne's ni. Dan apa yang MY perasan di setiap outlet dia mesti ramai orang. *boleh dikatakan sampai beratur orang nak beli.

Serius MY nak bagitau, kalau dulu hanya lalu je depan outlet Auntie Anne's ni. Teringin sangat nak singgah beli. Tapi tak terbeli jugak. Bukan apa, sebenarnya takut, tak tahu nak oder apa. Kang salah oder kena gelak kat orang plak kan.

PENGALAMAN PERTAMA | Akhirnya dapat juga rasa Auntie Anne's ni. Alkisahnya bila keluar dengan geng Projek Travel ni, diorang ajak pergi pekena Auntie Anne's. *so nilah masanya nak cuba kan. Pada mulanya hanya mampu ikut je apa yang kawan lain oder. Apa yang sangat di recommen oleh diorang ialah Pretzel Dogs Cheese. *wow, tak menyesal beli weh. Bila dapat makan masa dia panas-panas tu. *wallaweh terangkat.

Dalam dok melahap Pratzel Dogs Cheese tu tangan ni sempat juga merayap ke makanan orang lain. *nak rasa ciked katanya. eh. hahahah. Hope diorang halalkan lah cubitan MY tu.


Alhamdulillah, cubit sana, cubit sini, dapat jugak merasa semua, dari pratzel bermacam rasa, pretzel dogs dan pretzel stick yang sangat menggiurkan tu.

MENU BARU | Untuk pengetahuan korang, Auntie Anne's baru sahaja memperkenalkan menu baru iaitu Chili Topped Mini Pretzel Dogs. Rasanya agak pedas sedikit, tapi tidak terlalu pedas. Walaupun ianya nampak sikit tapi ianya boleh membuatkan korang kenyang. 

Chili Topped Mini Pretzel Dogs
Chili Topped Mini Pretzel Dogs

Amacam? Ada rasa cair meleleh tak? kalau dah rasa begitu kena lah pergi beli dan rasa sendiri menu baru nie. Ia memang mengeyangkan perut ni.


Location : [klik]
Website : www.auntieannes.com.my

3 comments:

  1. Ida suka coklat yang panjang2. lupa namaaa. hahah kalau pergi Berjaya Times Square, mesti ada bau Auntie Annes ni, terus pergi beli. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Kakfiza jatuh cinta dgn coklat stik tu.jap lagii nk singgah beli .hihihi

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak tu, boleh la nak try makan..

    ReplyDelete

Created By Sora Templates