MENANG KUIZ PASPORT ASEAN MINGGU PERTAMA

Pasport Asean 2015
Masih ingat lagi ke peristiwa MY conteng kain pelikat Blogger Penaberkala gara-gara khusyuk megambil nota untuk join kuiz Pasport Asean di TV1 minggu lepas?
MENANG KUIZ MINGGU PERTAMA | Ternyata semua tu tidak sia-sia kerana MY telah menang untuk kuiz tersebut. Alhamdulillah. Memang tidak disangka kerana MY ingat dah tak ada peluang untuk menang. Tapi mungkin ini dikatakan rezeki.  Majlis peyampaian hadiah telah berlangsung masa Event Perasmian Pasport Asean pada hari selasa lepas ( 28/07/2015). *agak-agak apa yang MY menang ya?.
Majlis peyampaian hadiah dan perasmian Pasport Asean
Ha ni la nak cerita kat korang, hadiah dia cukup exclusive dan awesome sangat. Pakage percutian 3 hari 2 malam untuk 2 orang di Philea Resort & Spa Melaka

Philea Resort & Spa Melaka
PAVILION Room
*wallaweh tak pernah terfikir nak stay in kat resor semewah nie. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak Gaya Travel untuk hadiah yang awesome ni ya :). Nak nangis rasa, teruja sangat-sangat. Alhamdulillah, boleh masuk dalam list projek travel seterusnya.

PASPORT ASEAN | "Pasport ASEAN" merupakan satu rancangan TV baru yang dihasilkan oleh Gaya Travel Nusantara, Radio Televisyen Malaysia (RTM), dan Air Asia sebagai rakan penerbangan rasmi.

Mempunyai matlamat sendiri selain daripada program pelancongan yang lain, "Pasport ASEAN" membawa penonton untuk meneroka destinasi di seluruh negara-negara ASEAN.
Selaras dengan Malaysia yang memegang peranan ASEAN 2015, "Pasport ASEAN" bertujuan untuk meningkatkan intra-ASEAN pelancongan dan idea pasaran ASEAN tunggal.
*ha..kalau korang nak menang hadiah macam MY. Jangan lupa untuk mark calendar korang untuk meyaksikan rancangan “Pasport ASEAN” ni yang ditayangkan pada setiap hari ahad di TV1 pada pukul 9.30 malam.

Bukan MY saja-saja suruh tengok tau. Ini kerana mereka ada menawarkan pelbagai hadiah menarik dan eklusive sehingga RM30,000 termasuk pakage percutian untuk penonton bertuah. *amacam !! bergetar tak tulang rusuk korang? eh hahaha. Rancangan ini mempunyai 13 episod kesemuanya.

Jadi jangan lepaskan peluang yang ada. Mereka ada menawarkan 13 kuiz mingguan dan 1 kuiz terkumpul. Jadi apa tunggu lagi. Follow media sosial diorang untuk update.


Terima kasih lagi sekali MY ucapkan kepada Majalah Gaya Travel. Kepada korang semua MY ucapkan semoga berjaya .

Post a Comment

13 Comments

  1. Allhamdulillah... tahniah MY.... seronoknyer.... :)

    ReplyDelete
  2. Fuyoo best tu philea resort melaka!! Tahniahh... Adoii xleyh blah bergetar rulang rusuk 😂😂😂kahkah

    ReplyDelete
  3. bestnya hadiah!.. tempat lawa pulak tu.

    ReplyDelete
  4. Tahniah utk kali ke 5 dah kot ni, haha!

    ReplyDelete
  5. bertuah betul kan. Tahniah sekali lagi
    next week ak rela bagi ko conteng baju, seluar, dinding rumah, asalkan ko menang lagi,hahaha

    good luck juga untuk kuiz terkumpul

    ReplyDelete
  6. Tahniah awak! Happy holiday.

    ReplyDelete
  7. Tahniah..behnya dapat menang hadiah..hehe

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH ABG MY

    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. wah... tahniah.. best tu dapat percutian free!

    ReplyDelete