travel, food and lifestyle blog

Monday, August 22, 2016

SENARAI TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG ADA DI MACAU


SENARAI TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG ADA DI MACAU | Alhamdulillah, beberapa minggu lepas MY telah berpeluang menjelajah ke bumi Macau bersama sahabat MY dari #ProjekTravel iaitu Khairul Anuar. Perjalanan dengan menaiki pesawat Air Asia dari KLIA2 ke Macau megambil masa hampir 4 jam.


Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Macau ini seakan membawa MY kembali ke masa lampau pada saat Portugis menakluk bumi Macau pada pertengahan abad ke-16. Dengan demikian, senibina kota, seni, agama, tradisi, makanan dan masyarakat mencerminkan integrasi budaya Cina, Barat dan Portugis. Macau telah menjadi Daerah Administratif Khusus Republik Rakyat China pada tanggal 20 Desember 1999 dan menjadi wilayah otonomi tinggi di bawah prinsip 'Satu negara, dua sistem ".


Keindahan rekabentuk dari hasil peninggalan portugis itu terlalu memberi kesan kepada suasana dan persekitaran di sesetengah daerah di Macau. Bukan sahaja berkaitan senibina dan budaya sahaja. Nama tempat juga masih menggunakan nama-nama dari bahasa portugis. 

SENARAI TEMPAT MENARIK DI MACAU

Untuk entry kali ini, MY ingin berkongsi beberapa tempat menarik yang telah kami lawati dan patut korang kunjungi jika ke Macau:

1# Senado Square



Pada tahun 2005 ia telah diiktiraf dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO kerana ia merupakan sebahagian daripada "Historic Centre of Macau".


Leal Senado Building berhadapan dengan Senado Square




Senado Square, a Business Zone


2# Ruins of St. Paul's




MENIKMATI KEINDAHAN SEKITAR RUINS OF ST. PAUL'S

Ruins of St. Paul's (juga dikenali sebagai Sam Ba Sing Tzik) berdiri bersebelahan dengan Kubu Gunung yang terkenal dan Muzium Macau. Muka bangunan depan dan tangga batu besar adalah satu-satunya tinggalan gereja yang paling besar.



3# The Museum of Macau (Macau Museum)





Muzium Macau merupakan muzium terbesar yang ada di Macau. Ia terletak di Monte Fortress yang mana ianya tempat yang paling sesuai untuk melihat keindahan pemandangan di Macau.



Monte Fortress




4# The Fisherman's Wharf



Coliseum Theater, Macau


Ia merupakan theme park yang pertama yang ada di Macau yang mana ianya juga merupakan shopping center modeled on Euramerican fisherman's wharfs.


Banyak rekabentuk bangunan yang menarik di sekitar kawasan ini yang akan membawa korang ke suasana dunia eropah.


With different characteristics, Macau Fisherman's Wharf can be divided into three main sections: Dynasty Wharf, East Meets West and Legend Wharf.



Selain dari tempat yang dinyatakan di atas, Macau mempunyai banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi. 


Share:

10 comments:

  1. owh cantiknya Macau! Sya pon nak pergi situ gak 1 hari nanti! doakan! :)

    ReplyDelete
  2. teringin nak pi jugak...harap2 berpeluang la

    ReplyDelete
  3. cool.....cantik sangat......
    harap2 dapat sampai kesana satu hari nanti.....

    ReplyDelete
  4. cantik giler..... huhuhu kalau ada rezeki nak ke sana gak

    ReplyDelete
  5. cantik sungguh Macau..

    sempat juga bro selfie dengan amoi cantik di Macau

    ReplyDelete
  6. menarik juga macau ni, dan bersih tempatnya

    ReplyDelete
  7. singgah

    https://belogs.blogspot.my/2016/08/blog-active-update-on-bus-bloguntuksemua.html

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive