travel, food and lifestyle blog

Tuesday, August 23, 2016

ASAM PEDAS UDANG GALAH DATARAN KUALA KUBU BARU MEMANG SEDAP


Bila kita bercerita tentang Asam Pedas, sudah semestinya ia cukup sinonim dengan Negeri Melaka. Tapi kali ini saya sendiri nak share satu lokasi di Selangor dimana korang boleh menikmati Asam Pedas yang cukup enak. Bagi saya sendiri memang tidak dapat menahan dari hanya melihat sahaja menu ini jika jumpa di mana-mana restoran, tambah pula kalau ianya asam pedas ikan pari.


Kali ni saya berpeluang untuk rasa keenakan ‘asam pedas udang galah’ di salah sebuah stall di FoodCourt Dataran Kuala Kubu Baru. Stall ini dikatakan cukup popular dengan masakan Asam Pedas mereka.

HARGA MENU ASAM PEDAS

Asam Pedas Udang Galah pada menu à la carte dijual serendah RM18 semangkuk, bergantung kepada saiz (dan berat) udang tersebut. Harga untuk set makan tengah hari pula adalah bermula dari RM25 untuk semangkuk udang pedas serta minuman, sepinggan nasi putih, sayur-sayuran, separuh telur masin dan sambal belacan.


Terdapat juga hidangan lain pada menu yang mereka dijual "à la carte". Ia termasuk pilihan ikan pari, ikan kembong , dan lain-lain. *semua pilihan di tangan korang.


Lokasi atau gerai ini terletak di FoodCourd , Dataran Kuala Kubu Bharu yang sangat mudah untuk di akses.Jika anda datang dengan kawasan ini, anda MESTI singgah untuk makan tengah hari.

Kredit Foto : Akugraphy




Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Eat.Travel.Write Selangor 3.0 - Selangor International Culinary Adventure, iaitu lawatan media yang diadakan pada 21 hingga 24 April 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) sempena mempromosikan Negeri Selangor.


Share:

8 comments:

  1. yang pegang udang tu model ke pekerja situ? hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADA 2 ORANG YANG PEGANG UDANG DALAM ENTRY NI HAHAHHA

      Delete
  2. Besar gak udang ni.. Tak pernah makan lagi udang masak asam pedas..

    ReplyDelete
  3. huisshhh menyelerakan nampak..hadoiii..sedapnya

    ReplyDelete
  4. aaaah jadi lapar melihat udangnya 🙈 #puasa

    ReplyDelete
  5. Terliur tengok udang tu! Asam pedas kat KKB ni ikut style mana, banyak beza dengan asam pedas Melaka atau Johor ke?

    ReplyDelete
  6. wah sedapnyaaaa

    saya pengen cicip nih, kira2 rasanya mirip ga yah sama udang asam pedas asal indonesia?

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive