WAJIB TONTON FILEM Ah Boys to Men 3: Frogmen

“Ah Boys to Men 3: Frogmen”
“Ah Boys to Men 3: Frogmen”
WAJIB TONTON FILEM Ah Boys to Men 3: Frogmen  | Cerita ni mengingatkan MY tentang sesuatu. Tentang masa lepas hampir 5 tahun lebih. *okay tak nak cerita panjang tentang tu. Siapa sangka filem Ah Boys To Men ni sudah siri yang ke 3. Jadi, boleh agak sendiri lah kan bagaimana penerimaan masyarakat dengan filem Ah Boys To Men yang di arah oleh Jack Neo ni. Untuk “Ah Boys to Men 3" ni mereka telah keluar dengan tajuk Frogmen.


“Ah Boys to Men 3: Frogmen” 


“Ah Boys to Men 3: Frogmen” adalah filem beraksi komedi yang mengisahkan tentang sekumpulan rekruit muda di Tentera Laut Singapura. Ia menceritakan pengalaman rekruit muda ini bersempena dengan latihan mereka dengan Unit Selaman Tentera Laut (Naval Diving Unit – NDU), khususnya semasa “hellweek” yang sukar. Didalam filem ini, terdapapt beberapa watak yang perlu di fokuskan dan apa yang MY dapat katakan bahawa semua pelakon telah memainkan watak dengan sangat baik sekali.

Frogmen starring Joshua Tan
Frogmen starring Joshua Tan_PHOTO: GOLDEN VILLAGE
*ternyata bukan senang untuk menghasilkan filem sebegini. Menurut Pengarah Neo, walaupun cerita ini adalah berdasarkan rekruit tentera, ia berbeza daripada dua edisi terawal di mana pusat latihan adalah bertempat di Tekong. Beliau berkata bahawa NDU merupakan unit khas di mana skil dan latihan yang diberikan lebih mencabar daripada unit lain. 

Pelakon terpaksa melalui latihan yang sama dengan apa yang penyelam Tentera Laut sebenar lalui
Pelakon terpaksa melalui latihan yang sama dengan apa yang penyelam Tentera Laut sebenar lalui_Foto www.todayonline.com
Tentera Laut memerlukan kesemua pelakon muda ini untuk menampilkan tahap kecerdasan yang tinggi, kerana mereka akan memainkan watak angkatan tentera elit. Justeru itu, kesemua pelakon telah diberikan latihan intensif 3-bulan untuk memastikan tahap kecerdasan mereka adalah berpatutan.

"Ah Boys To Men 3: The Frogmen" Training Teaser

Didalam filem ini, terdapapt beberapa watak yang perlu di fokuskan dan apa yang MY dapat katakan bahawa semua pelakon telah memainkan watak dengan sangat baik sekali.

Untuk pengetahuan korang. Filem ni telah menerima sokongan yang memberangsangkan daripada para peminat tempatan dan mencatat rekod baru di Singapura bersempena Tahun Baru Cina dengan pengumpulan tiket sebanyak SGD$2.8 juta. Tayangan “box office” ini telah mencapai SGD$6.4 juta, dengan jumlah pungutan dijangka mengatasi jualan tiket untuk “Ah Boys to Men”. Ia akan ditayangkan di Malaysia pada 19 Mac ini.


Sinopsis:


“Ah Boys to Men 3: Frogmen” menceritakan pengalaman rekruit Singapura sebelum pengasasan ABTM. Akan tetapi, Ah Boys ini ditempatkan di Unit Selaman Tentera Laut (NDU), dan bukannya Pulau Tekong. Watak utama termasuk Ken Chow (Joshua Tan), anak muda yang selalu cuba mengelakkan NS, Aloysius Jin/Wayang King (Maxi Lim) yang tidak disukai oleh rakan kabinnya, Lobang (Wang Wei Liang) yang selalu cuba menipu rakan kabinnya. Watak baru termasuk Hei Long/Black Dragon (Wesley Wong), seorang ketua samseng yang jahat dan selalu cenderong terhadap tindakan ganas. Selaku satu unit, mereka wajib melalui 40 minggu latihan keras. Adakah pasukan ini mampu menjadi satu daripada unit tentera elit Singapura, iaitu “frogmen”?

“Ah Boys to Men 3: Frogmen”

Pengarah : Jack Neo

Pelakon : Wang Wei Liang, Tosh Zhang, Joshua Tan, Bunz, Jasper, Maxi Lim, Wesley Wong, Charlie

Genre: Komedi, Aksi

Ditayangkan: 19 Mac 2015 (Malaysia)


"Ah Boys To Men 3: Frogmen" Official Trailer





----------------------------------------------------------


Apa yang boleh MY katakan, filem “Ah Boys to Men 3: Frogmen” ni memang sangat berbaloi untuk ditonton. Bukan kerana ceritanya yang sangat menghiburkan. Tapi ada yang lebih penting dari iaitu penerapan nilai-nilai murni yang harus ada dalam diri setiap orang.

Tanggungjawab untuk keluarga, tanggungjawab sebagai seorang sahabat dan mengajar kita bagaimana untuk membuat keputusan yang betul. *jangan tak percaya ada beberapa scene yang mampu buat MY menitiskan air mata .

Filem ni bagi MY cukup perfect dan sangat di haruskan untuk ditonton. Dan jangan risau, ianya dalam bahasa English Singapore yang senang untuk difahami. *subtitle pun ada dik. Apa yang MY harapkan supaya lebih banyak filem sebegini dibuat. Terima kasih untuk filem yang awesome ni. *kesat air mata, huhu. So apa tunggu lagi. Pergi dan saksikan sendiri kemeriahan filem ni!!!


Okeyh, nak pergi tengok lagi la.

Post a Comment

2 Comments