travel, food and lifestyle blog

Followers

APA SEBENARNYA MEK MULUNG? MAK YONG AKU TAHU LAH

APA SEBENARNYA MEK MULUNG? MAK YONG AKU TAHU LAH | Hari ni MY berpeluang ke Istana Budaya untuk sidang media persembahan gala Mek Mulung. *Mek Mulung, siapa sebenarnya dia? Sehinggakan diwujudkan teater tentangnya. Malah dipentaskan di pentas eklusif Istana Budaya  lagi. 
"Eee.. taklah ghalit amboi didagang la eee... dok bilang
La amboi ambiklah sisiaq cek sisiaqla eee... bersurai
La amboi anaklah rambut cek sunting la eee... membelai
La amboi ekoqlah pipit dibelah eee.. berjuntai
La amboi belang berjalan membelang la eee... melenggang.."

ASAL USUL MEK MULUNG


Mek Mulung dikatakan berasal dari Ligor, Siam dan diperkenalkan di negeri Kedah ketika berlakunya persengketaan di antara Kedah dan Siam. Tempat mulanya ia diperkenalkan ialah di Kampung Perit, Mukim Kurung Itam, Jajahan Kuala Nerang dan seterusnya ia berkembang ke Kampung Belukar Mulung, Kampung Paya Keladi dan akhirnya di Kampung Wang Tepus, Jitra, Kedah.

Dahulunya ia hanya dimainkan di bangsal-bangsal terbuka di rumah penduduk kampung sebagai hiburan di waktu malam di mana pemain dikelilingi oleh para penonton sahaja. Mek Mulung merupakan adunan lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan.

Persembahan tarian dan nyanyian turut menjadi elemen utama dalam persembahan ini
Persembahan tarian dan nyanyian turut menjadi elemen utama dalam persembahan ini


MEK MULUNG HAMPIR MENYAMAI MAK YONG


Persembahan Mek Mulung seakan-akan sama seperti Mak Yong yang membawa watak-watak seperti Raja, Permaisuri, Awang Selamat dan Awang Pengasuh, Inang dan watak antagonis yang memiliki magis.

Arjalee memegang watak utama (Putera Cahaya Bulan) dalam pementasan ini
Watak Rajanya masih lagi memegang seikat rotan yang digelar 'rotan ke tujuh' (dalam Mak Yong digelar rotan berai) manakala prop lain yang digunakan adalah topeng untuk watak peran, golok (diperbuat daripada kayu), dan sebatang kayu yang disebut tongkat wak.

Selain lakonan dan dialog-dialog yang mencuit hati, persembahan tarian dan nyanyian turut menjadi elemen utama dalam persembahan ini.Tidak ada persembahan mengadap rebab seperti Mak Yong.

Jika Mak Yong mempunyai berbelas-belas cerita manakala Mek Mulung hanya berulang-ulang kepada lima kisah seperti Cahaya Bulan, Malim Bongsu dan Dewa Muda.
"Jika Mak Yong telah dikenali sehingga diiktiraf sebagai Karya Agung Dunia oleh UNESCO, kita juga perlu mempertahankan Mek Mulung agar dikenali sebagai satu lagi warisan seni tanahair, Supaya ianya tidak hilang ditelan permodenan."

MEK MULUNG DI ISTANA BUDAYA


Untuk pengetahuan korang. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Istana Budaya akan membuat PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” . *ini merupakan pementasan teater yang julung-julung kalinya dari kerjasama dua pihak dari JKKN dan Istana Budaya.



Dengan berjayanya pementasan Teater Tradisional Mek Mulung ni di Istana Budaya, ia akan mengukuhkan dan membuka jalan untuk menjadikan Mek Mulung sebagai Seni Warisan Kedah dan diiktiraf oleh UNESCO seperti Mak Yong.

Sidang media persembahan gala Mek Mulung
Sidang media persembahan gala Mek Mulung
Kalau korang nak tahu macamana teater Mek Mulung yang bergenre komedi ni di pentaskan Meh kita tengok video pementasan Mek Mulung pada 2013 ni.


TIKET PEMENTASAN MEK MULUNG



Pementasan yang akan mula dipentaskan pada 28 Feb 2015 dan 1 Mac 2015 di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur. Tiket akan dijual bermula pada harga RM23 , RM53 dan RM83 dan boleh didapati secara dalam talian dengan melayari www.airasiaredtix.com [klik] atau dengan membelinya di kaunter tiket box-office Istana Budaya atau di lokasi berikut:

Rock Corner
The Garden, Mid Valley (03-22014893)
KLCC (03-21815560)
Subang Parade (03-56131139)

Victoria Music
Sg Wang (03-21487208)
Amcorp (03-79560592)
Tropicana (03-77222955)

Pulau Pinang
Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Galerry, Queensbay Mall


Share:

PENAWAR MUDAH DEMAM DENGGI

PENAWAR MUDAH DEMAM DENGGI | Siapa sangka, sakit menyerang secara tiba-tiba. Panas seluruh badan dan diri terus tak bermaya. Selama 2 hari tak lalu nak makan apapon. Bila ke satu klinik di Seksyen 7 Bangi, Dr hanya mengatakan yang MY hanya demam biasa. Katanya, MY ada masalah dengan pernafasan je.*demam biasa wak lu. Apa lagi, berbakul la ubat dia bagi. So, duit pun berbakul la kena bayar.


Tetapi, bila 3 hari dirumah tidak pernah miss makan ubat yang Dr bagi, demam masih tidak reda, malah rasa makin teruk. Bila pergi ke Pusat Perubatan Az-Zahrah bangi, Blood test telah dibuat dan Dr mengesahkan yang MY telah terkena DENGGI. *hurmm, Allah je tahu perasaan masa ni.


Demam makin teruk apabila masalah tongsil jugak berlaku pada masa yang sama. *semua benda MY tak boleh makan kecuali minum air. Memang berat ujian kali ni. Perut mula masuk angin. Setiap hari terpaksa ulang alik ke klinik ambil darah untuk rawatan susulan.

Oleh kerana MY tak mampu untuk makan semua benda dan ditambah pula tiada siapa nak jaga MY kat KL ni, Abang MY megambil keputusan untuk hantar MY balik ke kampung. *sekurang-kurangnya di kampung parents MY ada untuk jaga MY. Bila di kampung, makan dan minum sudah mula kena berpantang. Biasalah orang tua lebih mengetahui. Alhamdulillah. Tongsil mula hilang dan boleh makan seperti biasa. *tapi masih makan makanan orang berpantang kerana takut tongsil datang lagi.

Dekat kampung pun MY masih berulang alik ke klinik untuk ambil darah. Berkat doa dan nasihat Dr dan kawan-kawan tentang rawatan alternatif untuk sakit Denggi ni. MY cuba amalkan dan Alhamdulillah, MY makin pulih dari demam denggi.

6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:


1. Air Masak - Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

2. Jus Daun Betik - Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk  daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit. *omg..omg.. rasa dia tuhan aja yang tahu.

3. Buah Kiwi - Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya. 

4. Sup Ketam Nipah - Reneh sup ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.

5. Jus Kurma - Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.

6. Buah Tembikai - Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.

Secara jujur MY hanya berpegalaman menjadikan Air Masak, Jus Daun Betik dan Buah Kiwi sahaja untuk rawatan demam denggi MY *Alhamdulillah ia benar-benar berkesan. Ramai juga mencadangkan Sup Ketam Nipah. * tetapi masalah utama dengan sup ketam nipah ialah kerana ianya sukar untuk ditemui berbanding yang lain
Share:

MUSLIMFIT | JATOMI FITNESS MENYEDIAKAN KELENGKAPAN PERALATAN GIMNASIUM BERKUALITI TINGGI

MUSLIMFIT | JATOMI FITNESS MENYEDIAKAN KELENGKAPAN PERALATAN GIMNASIUM BERKUALITI TINGGI | Selain menjadi food blogger, MY pernah dijemput oleh Muadz Dzulkefly * siapa tak kenal dengan saudara muadz kan. untuk menyertai aktiviti sihat yang mana ianya dikenali sebagai #MuaslimFit. Nampaknya inilah peluang MY nak tahu lebih lanjut tentang dunia kesihatan. *mana taknaya, asyik makan, tido, makan tido jer kerja. mau tak perut makin ke depan.

Bersama rakan Blogger di Jatomi Fitness
Program #MuslimFit ini telah diadakan di  Jatomi Fitness yang mana ianya berada di The Weld, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan korang, Jatomi merupakan gimnasium yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang canggih. Mereka menawarkan peralatan berkualiti tinggi, zon latihan berfungsi, Studio Latihan Berkumpulan, latihan peribadi khusus, ruang tamu yang luas, minuman percuma,  dan banyak lagi.

suasana didalam Jatomi Fitness, Kuala Lumpur
Jatomi juga mempunyai pelatih peribadi yang berbakat besar untuk membantu anda dalam membina kehidupan yang sihat. MY dan rakan-rakan bernasib baik kerana dapat kenal dengan En. Naim iaitu selaku ketua pelatih peribadi disini.

Taklimat ringkas bersama En. Naim
Apa yang boleh MY katakan, En. Naim merupakan seorang ketua pelatih yang sangat bagus. Apa yang penting, beliau tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dengan kami. Walaupun kami datang bukan untuk mendaftar kat sini.

Mudah berkongsi ilmu kesihatan dengan sesiapa sahaja
Mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis kelas kecergasan yang dijalankan oleh tenaga pengajar yang professional termasuk BodyJam, Grit, BodyPump, Sh'bam, BodyCombat, RPM, dan banyak lagi!

Mind Studio
Pelbagai kemudahan mesin untuk senaman
Razi dan Penaberkala
sebahagian aktiviti dalam #muslimfit
wefie
Di sini juga, mereka ada menyediakan kemudahan untuk bersosial seperti kemudahan internet dan tempat untuk lepak.

Kemudahan internet percuma
Tempat lepak yang sangat selesa
Bagi MY, Jatomi Fitness ni cukup besar dan selesa. Tidak perlu takut mesin senaman tidak cukup untuk korang guna kerana ianya bukan hanya disediakan hanya untuk 2,3 orang sahaja. Bilik untuk salin pakaian juga cukup luas dan selesa.

bilik persalinan
Okay, mari kita tengok apa beberapa info mengenai JATOMI nie.


Terima kasih kepada saudara Muadz kerana sudi menjemput kami. Terima kasih juga kepada pihak Jatomi dan En. Naim kerana menerima kehadiran kami dan sudi berkongsi banyak tip-tip mengenai kesihatan.

Jatomi Fitness Weld
Level 3, The Weld Shopping Mall
No 76, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur

Opening hours:
Monday – Friday: 6:00am - Midnight
Saturday: 6:00am - 8:00pm
Sunday and Public Holidays: 8:00am - 8:00pm

Contact:
Tel. +60321610129

Facebook:

Twitter:

Website:

Share:

TARIKAN HEBAT PUSAT HIBURAN THE BALLROOM DI NU SENTRAL

TARIKAN HEBAT PUSAT HIBURAN THE BALLROOM DI NU SENTRAL | Seperti kebanyakan remaja, boling ni dah menjadi sesuatu yang rutin kalau keluar outing atau lepak di zaman-zaman kat universiti . Memandangkan dah berapa tahun MY meninggalkan zaman degree, maka bertahun jugak lah MY tak sentuh bola boling tu. eh.

Bersama rakan blogger di The Ballroom di Nu Sentral
Bersama rakan blogger di The Ballroom di Nu Sentral_foto Khai Artzfar
Semalam sempena pembukaan The Ballroom di Nu Sentral, maka berpeluanglah MY bermain boling secara percuma dengan kawan-kawan blogger. Apa yang MY nak katakan, *kelongkang semua. ekekeke. Sabar je lah. Jadi MY menerima kekurangan diri ini seadanya huhu.

Antara tarikan utama di The Ballroom
Antara tarikan utama di The Ballroom_foto Khai Artzfar

MENARIK DI THE BALLROOM NU SENTRAL


Apa yang menariknya di The Ballroom di Nu Sentral ni bukan hanya sekadar mempunyai 24 cosmic bowling lanes. Disini juga ada pool & dart lounge . Bagi mereka yang suka berkaraoke, The Ballroom di Nu Sentral juga mempunyai bilik KTV. Selain dari berhibur, mereka juga mempunyai Asian & Western fusion restaurant.

MENARIK DI THE BALLROOM NU SENTRAL

Bagi mereka yang ingin megadakan majlis private. Mereka juga mempunyai Kemudahan premium tambahan seperti bilik boling VIP dan bilik majlis korporat yang mana ianya dibina khas untuk apa-apa jenis majlis persendirian, korporat dan acara artis.

MENARIK DI THE BALLROOM NU SENTRAL

PROMOSI SEMPENA PEMBUKAAN THE BALLROOM


Sempena pembukaan The Ballroom di Nu Sentral ni yang bermula semlam, mereka telah menawarkan banyak diskaun hebat.

PROMOSI SEMPENA PEMBUKAAN THE BALLROOM

OUTLET:

The Ballroom @ NU Sentral
Lot 4.01, Level 4, Nu Sentral,
No. 201, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

BUSINESS HOUR:
Dibuka setiap hari  10:00am – 1:00am

Share:

KALAU NAK KE IOI CITY MALL PUTRAJAYA, KENA TAHU BEBERAPA PERKARA TENTANGNYA

KALAU NAK KE IOI CITY MALL PUTRAJAYA, KENA TAHU BEBERAPA PERKARA TENTANGNYA | Selesai sahaja sesi food review di Restoran Stacks by Las Vacas [klik] . Kitaorang telah megambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar IOI CITY MALL PUTRAJAYA ni. *tetiba rasa nak sewa motor je wat pusing-pusing dalam ni. Bapak besar tempat nie.

Bersama kelab blogger Ben Ashaari
Bersama kelab blogger Ben Ashaari
Apa yang MY nak pesan kalau ke sini. Pertama, pastikan ambil gambar nombor parking korang supaya senang untuk mencari bila nak balik nanti. *tidaklah tersesat, hilang kete nanti.

Kedua, Makanan dekat Foodcourt "FOODJUNCTION" dia sangat sampah *sory bahasa kasar. Bukan satu, dua kedai. Kebanyakan kedai makanan tak sedap. *majoriti kedai yang ada bukan warga tempatan yang masak. Korang boleh bayangkanlah kalau nasi goreng thai orang bangla yang masak. *pergh kemam sudu jela jawab dia. Please solve this problem.

Ketiga, kalau korang sesat. *kompom sesat punya ekekke. Directory yang diorang sediakan sangat tidak mesra pengguna. Korang kena belajar ilmu pengakap diraja dahulu baru leh faham. Tak ada sign "Your Are Here". *memang menambahkan lagi masalah. Kalau sesat maka jawabnya makin sesatlah ahahhaha. 

Keempat, korang kena bersiap sedia untuk menghadapi suasana sesak. Manusia macam tak pernah masuk shoppingmall semua. *termasuklah kita. ekekeke. Mana taknya, tempat sebesar macam tu pun boleh padat sendat dan liat. *ramai orang weh. Mungkin teruja dengan shopping mall besar macam ni kot.

Kelima, bersiap sedia untuk kehilangan signal telefon anda. *bukan kehilangan fon. hehe Jangan kata internet kadang-kadang tu line untuk sms dan call pun terarwah bila di sesetengah tempat kt dalam mall ni. Mungkin masih baru / bagaimana tak tahulah masalah apa. Jadi untuk dapatkan internet, pilihlah kedai-kedai atau restoran yang sesuai yang menyediakan internet untuk setiap pelanggannya. *jangan dok p megangkang je, sila beli la apa-apa kalau tak nak kena halau. hahahaha.

Harap, pihak pengurusan IOI City Mall Putrajaya dapat menyelesaikan masalah dan kekurangan yang ada. Kecuali no #1 *tu maslah diri kita sendiri. ahhaha

Share:

Giveaway Mudah amirnawawi.com

Giveaway Mudah amirnawawi.com | Sudah lama rasanya MY tak join mana-mana Giveaway atau kontes yang dianjurkan di mana-mana blog. *sebab utama, tak pernah bernasib baik. eheheh. Tapi untuk permulaan 2015 ni, MY tergerak hati nak join stu Giveaway yang telah dibuat oleh rakan blogger Amir Nawawi iaitu pemilik blog amirnawawi.com [klik].


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Entri ini adalah entri untuk Giveaway Mudah di blog amirnawawi.com. Saya begitu teruja untuk turut serta dalam giveaway ini. Giveaway ini cukup mudah dan pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang. Jom kita semua sertai bersama.

Copy gambar dan linkkan ke entri ini

Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan :

1. Panasonic Digital Cordless Phone

2. Plush Toy dari LINE

3. Wang Tunai RM10 untuk 4 pemenang

4. Review blog untuk 3 pemenang.

5. CD Karmin dan Glee Original dari Sony BMG

6. Patung burung yang comel.

7. Dan pelbagai hadiah lain yang akan dikemaskini

(Hadiah akan ditambah dari semasa ke semasa)

Referall terbanyak akan menerima hadiah khas iaitu RM30 & Buku Pilihan

Panasonic Digital Cordless Phone
 Plush Toy dari LINE
CD Karmin dan Glee Original dari Sony BMG
3. Voted gambar saya di sini. dan printscreen dan masukkan di dalam entri. Contoh seperti di bawah. (paling penting) Ini untuk buktikan yang anda telah mengundi.



4. (tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu) Selesai!

Komen entri penyertaan anda di ruangan komen entry Giveaway ini di blog amirnawawi.com ya.

Giveaway mudah ini berlangsung dari 25 Januari hingga 28 Februari 2015. (Tarikh dilanjutkan) Cepat-cepat

Selamat berjaya.

AM: Hadiah akan bertambah dari semasa ke semasa..

Like page di bahagian tepi blog amirnawawi.com untuk mengetahui mengenai kontest ini dari semasa ke semasa. Keputusan juga akan diumumkan di sana.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

BUKTI UNDIAN


So, apa lagi. Jom pakat join Khai Artzfar , Ahmad Fauzi Aryaan, Penaberkala, Dikbee, Eazy, Zulhilmi.


Share:

Lunch di Stacks by Las Vacas @ IOI City Mall Putrajaya

Lunch di Stacks by Las Vacas @ IOI City Mall Putrajaya | Cuaca yang agak panas kebelakangan ni termasuk hari ahad lepas. Cuaca sebegini membuatkan MY jadi makin malas untuk keluar bersosial di luar. Tapi perasaan bosan kat rumah tu lagi membuatkan MY tak senang duduk. Alhamdulillah, plan punya plan, Azhari datang dari nilai untuk ke Putrajaya asalnya untuk menyerahkan resit untuk claim kepada Faizal Fredley.

Kami telah membatalkan hasrat untuk ke Putrajaya dan megalih arah ke IOI City Mall Putrajaya kerana mereka ada food review di sana. Mungkin sudah rezeki kami, secara kebetulan sampaikan kami juga ditarik masuk oleh diorang ke dalam kedai untuk sama-sama menikmati makan tengahari bersama diorang. *niat hanya untuk menghantar barang dan resit. Akhirnya jadi tetamu untuk food review di Restoran Stacks by Las Vacas .

Stacks by Las Vacas
Stacks by Las Vacas _ foto Razzwey
Lokasinya sangat mudah di cari kerana ianya betol-betol berhadapan dengan MAGNUM Cafe. Restoran ini mempunyai 2 ruangan pilihan untuk korang lepak iaitu ruangan tertutup dan ruangan terbuka. Di sebelah luarnya merupakan Restoran Johnny Rocket yang mana sangat popular dengan hiburan persembahan tarian pekerja-pekerjanya. *jadi sambil sambil dok santap tu boleh lah kita layan persembahan kedai sebelah, iye dop? hehe .

Bersama rakan Kelab Blogger Ben Ashaari menikmati burger yang disediakan oleh Las Vacas
Bersama rakan Kelab Blogger Ben Ashaari menikmati burger yang disediakan oleh Las Vacas_ foto Razzwey
Bagi mereka yang sukakan fast food, datanglah ke sini untuk try pelbagai jenis menu yang berasaskan daging yang sangat best. Apa yang penting ianya fresh . *woah mohon teruja. haha

Wagyu Burger
Wagyu Burger_ foto Razzwey
Memandangkan MY dan Azhari sampai lewat, kebanyakannya sudah habis. Apa yang tinggal iaitu menu terakhir, yang mana kalau tak silap MY ianya merupakan Burger paling mahal di outlet Las Vacas IOI City Mall Putrajaya ni. *eh betol ke?.

Ha , bagi peminat burger and fast food tu korang boleh la cuba datang sendiri dan rasa menu mereka. 

---------------------------------------------------------

Stacks by Las Vacas
Lot GE-05, IOI City Mall
IOI Resorts
62502 Putrajaya 
Wilayah Persekutuan 
Tel: +60 3 8328 0787

Share:

USAHA ITU PENTING, MENANG KALAH ITU BELAKANG KIRA

MENANG KONTES DARI AVILLION HOTEL GROUP | Alhamdulillah, seolah tidak disangka-sangka gambar berkain pelikat dengan caption :

" Alhamdulillah, selepas seminggu berperang dengan macam-macam hal, assignment, kerja dan segala macam tu. Hari ni dengan izin-Nya hari ni dapat release stress di #AvillionPD bersama team @projektravel "


Yang mana telah dikongsi di Instagram MY pada 20 Disember 2014 iaitu lebih kurang 6 minggu lalu telah berjaya menarik perhatian juri untuk memenangi kontest minggu pertama .


Pada asalnya, gambar ni dikongsi di instagram MY hanya suka-suka dengan galakan dari Penaberkala. Kontes berlangsung 4 minggu dengan tema berbeza. Tetapi oleh kerana yakin yang diri ni tak akan menang. Hanya satu gambar ini je yang MY kongsi untuk kontes ini. Tapi, sudah rezeki MY nak menang kontes ni di minggu pertama ni. Alhamdulillah. 

Bak kata orang, jangan terlalu cepat mengalah. Usaha itu penting. Apa yang penting kita usaha. Menang kalah tu dibelakang kira. :)

Terima kasih kepada Penaberkala untuk peluang ini dan terima kasih jugak kepada Avillion Hotel Group untuk hadiah yang awesome ni. Agak-agaknya siapa yang bakal MY bawa bersama ke Avillion Admiral Cove selama 2 hari 1 malam nanti? Nantikan


Share:

KEMUSNAHAN BESAR KUALA KRAI SELEPAS BANJIR

KEMUSNAHAN BESAR KUALA KRAI SELEPAS BANJIR | Sampai saja di Kuala Krai, aku cuba mengalihkan pandangan aku ke luar cermin tingkap bas. Tetiba tanpa sedar, air mata sudah mula menitis . *ya ALLAH, sungguh besar UjianMU kali ini untuk umat-umatMU di Kelantan.

gambar yang sempat diambil dari cermin tingkap bas
gambar yang sempat diambil dari cermin tingkap bas
Walaupun sudah beberapa minggu berlalu, ianya seolah-olah baru semalam berlaku. Kemusnahan di daerah Gua Musang dan Kuala Krai amat dahsyat umpama dilanda tsunami. *ya kemusnahannya seakan-akan dari akibat Tsunami. Tapi ianya berlaku dengan cukup perlahan. Apa lagi yang boleh MY katakan, mungkin ini merupakan satu peringatan dari ALLAH untuk ummatnya. Kita sudah terlalu banyak lalai. Memang benarlah yang dikata, banjir yang datang sangat luar biasa dan ianya juga dikatakan banjir terburuk dalam sejarah Malaysia.

Luar biasanya banjir kali ini adalah skala kemusnahan yang tidak tergambar sebelum ini. Tidak kelihatan walaupun seekor haiwan peliharaan. Dimana semua? Rumah hanya tinggal tangga batu. Kemana ruang tamunya? Disana kelihatan sebahagiannya di tepi jalan. *ya, ia hanya pinjaman, bukan hak milik kita buat selamanya. Hati makin sebak, air mata makin ingin keluar. Semoga semua mangsa-mangsa banjir terus tabah dan kuat dengan ujian ini.

Apa agaknya nasib si miskin. Yang pasti Allah lebih mengetahui. Dan sudah semestinya Allah adalah sebaik-baik perancang.
Share:

MAKMAL KIMIA YANG MEMBENARKAN PEGUNJUNGNYA MAKAN DAN MINUM DIDALAMNYA

MAKMAL KIMIA YANG MEMBENARKAN PEGUNJUNGNYA MAKAN DAN MINUM DIDALAMNYA | Ada ke antara pembaca blog MY ni mempunyai latarbelakang dalam bidang sains? Kalau ada mesti korang tahu kan? Setiap makmal sains memang tidak dibenarkan untuk membawa masuk makanan apatah lagi makan dan minum di dalamnya. Tapi sebuah makmal yang MY nak cerita kat korang kali ini cukup berbeza. *ya, korang dibenarkan makan dan minum di dalam makmal kimia ni.

Lunch bersama rakan blogger di Chemistry Café+Lab
Tempat yang MY maksudkan tu ialah Chemistry Café+Lab yang mana ianya beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam. Chemistry Café+Lab ini merupakan cafe berkonsepkan makmal kimia pertama yang ada kat Malaysia ni.

buat oder di kaunter
Mungkin terlalu awal kami sampai untuk menikmati hidangan untuk makan tengahari kat Chemistry Café+Lab ni. Makanan yang available pada masa tu hanya sekadar pastry. MY nak nasihatkan,  kalau sampai ke Chemistry Café+Lab ni, korang kena criport yang sesuai untuk korang duduk untuk makan, kerana cafe ni kebiasaannya sesak dengan orang. Kalau korang buat oder dulu tanpa cari tempat duduk dulu dikhuatiri seat penuh.*ha lepas tu nak makan mencangkung kat mana? ahhahaha

tunggu makanan dengan sabarnya
Lepas buat oder leh la lepak-lepak sambil ketip-ketip gambar dan upload kat instagram tu. Jangan lupa plak hashtag #ChemistryLabCafe #ChemistryCafe. Yang pasti cafe ni memang unik dengan pelbagai tarikan hiasan termasuk mural art dan pelbagai hiasan yang mencerminkan sebuah makmal kimia seperti periodic table.

hidangan di dalam bekas ujikaji dalam makmal
Untuk memastikan korang dapat feel betol-betol kat makmal kimia, hidangan korang terutama air akan dihidang dalam bekas ujikaji kimia. huhu. * macam dalam gambar kat atas tu. Jangan takut, dijamin selamat. *tak ada lagi orang berbuih mulut bila lepas makan dan minum kat sini. ehhehe.

Lepak sambil layan makanan dalam bekas ujikaji makmal
Apa yang MY boleh katakan, makanan dia agak mahal la. Tapi bagi mereka yang inginkan sesuatu yang baru boleh datang kesini. *tak hairanlah kalau orang ramai, rakyat Malaysia ni suka sesuatu yang baru walaupun mahal. Kalau nak diceritakan mengenai rasa, memang kena dengan hargalah. Sedap!

Foto_ NisaKay dan Penaberkala
___________________________________

Chemistry Café+Lab

26 Jalan Kristal J7/J 
Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia

Waktu Operasi:
10:00am - 2:00am

No Telefon:
+601762627979

Instagram:

Facebook:

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive