KEMUSNAHAN BESAR KUALA KRAI SELEPAS BANJIR

KEMUSNAHAN BESAR KUALA KRAI SELEPAS BANJIR | Sampai saja di Kuala Krai, aku cuba mengalihkan pandangan aku ke luar cermin tingkap bas. Tetiba tanpa sedar, air mata sudah mula menitis . *ya ALLAH, sungguh besar UjianMU kali ini untuk umat-umatMU di Kelantan.

gambar yang sempat diambil dari cermin tingkap bas
gambar yang sempat diambil dari cermin tingkap bas
Walaupun sudah beberapa minggu berlalu, ianya seolah-olah baru semalam berlaku. Kemusnahan di daerah Gua Musang dan Kuala Krai amat dahsyat umpama dilanda tsunami. *ya kemusnahannya seakan-akan dari akibat Tsunami. Tapi ianya berlaku dengan cukup perlahan. Apa lagi yang boleh MY katakan, mungkin ini merupakan satu peringatan dari ALLAH untuk ummatnya. Kita sudah terlalu banyak lalai. Memang benarlah yang dikata, banjir yang datang sangat luar biasa dan ianya juga dikatakan banjir terburuk dalam sejarah Malaysia.

Luar biasanya banjir kali ini adalah skala kemusnahan yang tidak tergambar sebelum ini. Tidak kelihatan walaupun seekor haiwan peliharaan. Dimana semua? Rumah hanya tinggal tangga batu. Kemana ruang tamunya? Disana kelihatan sebahagiannya di tepi jalan. *ya, ia hanya pinjaman, bukan hak milik kita buat selamanya. Hati makin sebak, air mata makin ingin keluar. Semoga semua mangsa-mangsa banjir terus tabah dan kuat dengan ujian ini.

Apa agaknya nasib si miskin. Yang pasti Allah lebih mengetahui. Dan sudah semestinya Allah adalah sebaik-baik perancang.

Post a Comment

0 Comments