Walaupun Hanya di Food Court , Tetapi MEE UDANG nya Menjadi Kegilaan Ramai | Siapa sangka kedai yang hanya lokasinya berada di food court menjadi tumpuan orang ramai kerana keenakan Mee Udang nya. Ianya tak lain tak bukan D'Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner Nilai.
Signboard kedai D'Laila Mee Udang |
Ini bukan kali pertama MY kesini.*tak tahu kali keberapa dah. Semua gara-gara penangan Mee Udang dia yang cukup menyegat. Tak salah kalau MY katakan, Mee Udang Kak Laila ni merupakan Mee Udang terbaik MY pernah makan.
Bukan MY saja sanggup ke Nilai semata-mata untuk makan Mee Udang Kak Laila ni. Tapi ramai lagi pelanggan dia yang bukan hanya dari Kuala Lumpur. malah ada yang datang dari Pahang semata-mata kerana Mee Udang nya. *amacam! hebat tak penangan Mee Udang Kak Laila ni?
Bukan MY saja sanggup ke Nilai semata-mata untuk makan Mee Udang Kak Laila ni. Tapi ramai lagi pelanggan dia yang bukan hanya dari Kuala Lumpur. malah ada yang datang dari Pahang semata-mata kerana Mee Udang nya. *amacam! hebat tak penangan Mee Udang Kak Laila ni?
Pilihan makanan laut yang segar |
Tak mustahillah rasa Mee Udang dia sedap kalau segala udang , ketam nya segar-segar. Pilih je mana korang nak. Gerenti segar dan sedap. *perghhh.. besar udang dia habaq hang.
Mee Udang |
Wallaweh, cer korang kira berapa ekor udang yang dia letak tu? Yang ni merupakan Mee Udang saiz L. Harga dia hanya RM12.00 .Memang berbaloi lah. Udang dia pun besar-besar. Serius puas hati. MY pasti, bila dah dihidangkan depan korang, mesti korang sayang nak makan sebab cantik sangat dia susun. Hahahahah.
|
Mee Udang dan Mee Udang + Ketam |
Selain Mee Udang, korang jugak boleh buat pilihan makanan laut lain seperti kupang dan ketam. *kalau nak mix pun boleh.
Asam Pedas dan pelbagai menu |
Bagi mereka yang tak makan Mee Udang. Korang boleh makan jenis masakan lain seperti Asam Pedas atau macam-macam lagi.
Telur Sotong dan Ikan Mayong |
MY juga nak recommand kan kat korang menu telur sotong dan Telur Ikan Mayong ni. *first time tengok telur ikan mayong. Kata Kak Laila, bagi sesiapa yang inginkan Telur Ikan Mayong ni. Korang kena tempah awal dengan Kak Laila melalui facebook beliau sendiri di D'laila Suppower [klik] .
Dimasak dalam periuk tanah liat |
Memandangkan Telur Ikan Mayong ni limited edition katanya, MY hanya sempat rasa menu Kari Telur Sotong dia je.
Kari Telur Sotong |
Malam ni MY keyang sangat. Mana taknya , tak cukup Mee Udang saiz L datang pulak Kari telur sotong ni. Kalau tak makan rugi pulak. Tak tau bila lagi dapat datang huhu.
Tengoklah masing-masing makan. Diorang pun kata sedap. Nasib baik kenyang. *kalau tak mesti dah tapau bawak balik.huhu
D'Laila Mee Udang di Surat Khabar_sumber FB D'Laila Suppower |
Bagi korang yang ingin ke sini tapi tak tahu jalan. Korang boleh terus onkan aplikasi Waze [klik] di Smartphone korang. Taip "MMA SANTAI CORNER NILAI". Insyaallah, ia akan bantu korang ke destinasi dengan cepat.
----------------------------------------------------------------
MMA Santai Corner,
Putra Point Fasa 2B, Putra Nilai,
71800 Nilai, Negri Sembilan
Masa Operasi:
5 petang ke 12.00pagi
2 Comments
Perghh .... sedap menyengat tengok mee udang dia. Anim tak sampai lagi sini ... harap dapat sampai jugak hehe :D
ReplyDeleteDah byk kali jugak try... dah bwk abah mkn kat sini... dah bwk kakak... dah bwk family.. dah bwk mak mertua... dah bwk sedara mara... smua sepenjdapat mmg mee udang kak laila thorbaek...
ReplyDelete