AYAM PANGGANG YANG MAMPU MEMBUATKAN ANDA BERMIMPI TENTANG NEGARA JEPUN

AYAM PANGGANG YANG MAMPU MEMBUATKAN ANDA BERMIMPI TENTANG NEGARA JEPUN | Kalini MY nak bawak korang untuk terokai makanan bercitarasa jepun iaitu Oishii Roaster. Tak perlu pergi jauh-jauh ke negara matahari terbit tu kerana ianya sekarang tersedia di 17 buah  Restoran RasaMas dan 75 buah Kedai Ayamas di semenanjung Malaysia.

Oishii Roaster
*untuk pengetahuan korang. Di negara Jepun, Oishii bermaksud lazat "delicious". OISHII ROASTER pula merupakan ayam panggang Ayamas kegemaran ramai diperap dengan kicap Jepun istimewa.
Blogger Razzwey dengan pilihan Oishii Roaster miliknya
OISHII ROASTER ini diperap dengan adunan rahsia sos soya dan madu sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar untuk panggang dengan sempurna. Sebelum dihidangkan ianya disaluti dengan jus nanas untuk meningkatkan kemanisannya. *bagi la teaser resepi dia sikit .

SET OISHII ROASTER


OISHII ROASTER kini boleh didapati di 17 buah restoran RasaMas  di semenanjung Malaysia. Promosi OISHII ROASTER kali ini mempunyai hidangan set untuk 4 orang . Ianya merangkumi seekor OISHII ROASTER, 4 RasaMas aromatic chicken rice, 4 clear soup, 4 gelas minuman berkarbonat, 1 hot chicken ball soup, 1 sayuran campur, dan 1 RasaMas scrumptious Crispy Fried Tofu dan 2 scoops ice cream untuk dessert. Semuanya hanya RM40.90.
Oishii Roaster
OISHII ROASTER diperap dengan kicap Jepun istimewa dan menu lazat yang pastinya memenuhi cita rasa kita rakyat Malaysia dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
RasaMas Aromatic Chicken Rice
Hot Chicken Ball Soup
Sayuran Campur
RasaMas scrumptious Crispy Fried Tofu
Manakala set hidangan OISHII ROASTER untuk 2 orang pula bernilai RM28.90. Selain dari itu mereka juga ada menyediakan set OISHII ROASTER Individual meal yang mana menjanjikan 1/4 bahagian OISHII ROASTER untuk korang nikmati yang mana ianya bernilai RM 10.90.

Macamana, teruja tak? Comfirm air liur korang sedang meleleh bak air terjun paling tinggi kat dunia dah tu. So, apa lagi? MY dah cuba, korang pulak bila lagi ?

---------------------------------------------------

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas  dan Restoran RasaMas, sila layari www.kedaiayamas.com.my [klik] atau masuk ke laman Facebook Ayamas Roasters dan juga Twitter @AyamasRoasters.

Post a Comment

5 Comments

  1. Ayamas memang terbaik...Selalu makan..Menu baru ni nampak menarik..Nk cuba jgk la...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Haa jom kita pi ramai2 izzati. Ada peluang nk dpt tiket penerbangan ke Jepun untuk 2 org

      Delete