travel, food and lifestyle blog

Saturday, January 24, 2015

ANAK LELAKI DIPANGGIL BABA DAN ANAK PEREMPUAN DIPANGGIL NYONYA

ANAK LELAKI DIPANGGIL BABA DAN ANAK PEREMPUAN DIPANGGIL NYONYA | Kalau di negeri Melaka, siapa yang tidak tahu tentang kaum peranakan Baba dan Nyonya. Walaupun mereka hanya merupakan kaum minoriti di Melaka tetapi ia cukup popular disebabkan keunikan yang ada pada budaya mereka.

"Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya."

BUDAYA BABA DAN NYONYA DI MELAKA NYONYA VILLAGE


Apa yang paling tidak disangka-sangka, MY telah berpeluang untuk mengenali lebih dalam tentang budaya unik kaum peranakan ni di MELAKA NYONYA VILLAGE.

MELAKA NYONYA VILLAGE
Ianya merupakan sebuah restoran yang sangat unik, dimana mampu membawa korang merasai dunia sebenar Baba dan Nyonya pada zaman-zaman dahulu. Reka bentuk restoran semestinya dari rekabentuk rumah sebenar dengan suasana pelayan yang berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.

MAKANAN BABA DAN NYONYA


mereka fasih bertutur dalam bahasa melayu
Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu.

sahabat media bersiap sedia untuk santap
Mereka juga makan dengan tangan seperti masyarakat melayu  dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.
upacara wajib, ambil gambar makanan sebelum makan
Antara makanan pembukaan yang dihidangkan untuk kami pada malam tu seperti hidangan kuih muih masyarakat baba nyonya dan juga keropok dhal yang dicicah dengan sambal belacan. *siapa sangka makan keropok cicah sambal belacan malam tu.

Kuih Nyonya
Keropok dan sambal belacan
Selesai dengan makanan pembukaan tadi, MY dan kawan-kawan telah  dihidangkan dengan menu-menu yang popular berkonsepkan makana asli baba nyonya.

Pajeri Nanasa dan Nasi
Ayam Pongteh
Ayam Pongteh ni menjadi menu tradisi masyarakat baba nyonya yang wajib ada didalam senarai makanan mereka. Ayam yang dimasak cara mereka dan ditambah dengan kentang empuk dan juga cendawan.

Sambal ikan bilis petai
Sambal Bendi celur
Ikan goreng kerutuk
Otak-otak kukus
Agak terkejut bagi MY bila hidangan ini dikatakan otak-otak. Tapi itulah hakikatnya, ini merupakan otak-otak kukus yang sangat sedap dan wajib untuk korang rasa jika ke sini.

Ada banyak lagi hidangan lain yang mana ia kebanyakannya sama seperti citarasa makanan masyarakat melayu. 

PERSEMBAHAN BUDAYA


Semasa korang menjamu selera, korang akan dihiburkan dengan persembahan tarian joget dan budaya masyarakat nyonya. Pada masa yang masa juga, korang berpeluang untuk menari bersama mereka.

Persembahan tarian joget
*eh.. eh.. eh.. macamana MY leh terjebak sama ni? . Amboi seronok sakan MY gelak. Maklumlah dah lama tak berjoget ewah.

*untuk pengetahuan korang. Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan.

pakaian tradisional pegantin baba nyonya
Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

__________________________________________________

Bagi mereka yang ingin merasai keunikan masakan baba nyonya seperti ini, korang boleh berkunjung ke alamat berikut:

Melaka Nyonya Village
178, Jalan Parameswara, 75000 Melaka.

Telefon: 
06-283 1178

Waktu perniagaan: 
Mon - Fri: 6pm - 11pm
Saturday & Sunday: 11am - 3pm, 6pm - 11pm

Website: 

Terima kasih kepada Melaka Nyonya Village kerana menerima kehadiran MY dan rakan blogger & media lain .

Share:

3 comments:

  1. This website was... how do I say it? Relevant!! Finally I have found something which helped me.
    Kudos!

    ReplyDelete
  2. This website was... how do you say it? Relevant!!
    Finally I've found something that helped me. Thanks!

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive