Jom Ke MatiC Fest 2014


Jom Ke MatiC Fest 2014 | Matic Fest kembali lagi. MY rasa, ni merupakan peluang baik untuk semua orang sempena cuti sekolah nie. *especially yang bekeluarga tu. Macam-macam aktiviti-aktiviti best diorang dah rancang untuk kita. Lokasi festival Matic Fest 2014 adalah di Lanai @ Matic di Jalan Ampang (bersebelahan Saloma Bistro).

Tahun lepas MY sempat join treasure hunt, pergh hadiah memang menarik. Bukan Treasure Hunt je ada hadiah menarik, boleh dikatakan semua aktiviti yang diorang anjur semua sangat-sangat berbaloi untuk join. 

Matic Fest 2014 akan berlansung selama 3 hari iaitu bermula dari hari jumaat 31 Oktober hingga 2 November . So, apa lagi jom tengok jadual kat bawah nie untuk rancang perjalanan anda ke sini.

Menarik kan. Bagi sesiapa yang belum ada perancangan, bolehla datang ke MATIC FEST 2014 ni. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

PUSAT PELANCONGAN MALAYSIA

109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-9235 4800 / 03-9235 4848
Fax : 03-2162 1149
www.matic.gov.my


Post a Comment

1 Comments

  1. wow menarik ni..pe kata lepas photoshoot kit eg sini..hehee

    ReplyDelete