travel, food and lifestyle blog

Followers

My AirAsia Free Seats !


My AirAsia Free Seats ! | Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Bali, Indonesia dan saya akan bawa bersama 9 orang sahabat rapat saya, yang juga merupakan blogger yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri  di dalam segi penulisan dan juga jaringan.

Destinasi Pilihan My AirAsia Free Seats !
Kenapa saya memilih mereka? Jika kami terpilih, ianya cukup hebat untuk mempromosikan AirAsia lebih dari hanya diri saya seorang. Ini kerana, mereka juga akan turut bersama membawa nama AirAsia dalam setiap update media social sepanjang percutian ini, apatah lagi di dalam entry pengalaman terbang bersama AirAsia ke Bali, Indonesia.

Ianya benar-benar dikatakan secara kebetulan bila kami juga sedang merancang untuk ke suatu destinasi dalam masa terdekat ini untuk #ProjekTravel kami yang pertama iaitu #BloggerTravel2014 yang mana , kami akan memilih destinasi luar negara. Dan dengan peluang yang dibuka oleh pihak AirAsia ini, saya dan rakan-rakan telah bersepakat untuk ke Bali, Indonesia. Bak kata pepatah melayu " umpama orang mengantuk disorongkan bantal ".


Selain dari itu, saya juga mempunyai satu blog travel baru yang mana hanya mengkhususkan pada TRAVEL  iaitu www.projektravel.com [klik] . Blog ini merupakan blog perkongsian cerita-cerita dan pengalaman travel beberapa orang penulis termasuk saya sebagai admin blog tersebut.

Saya memilih untuk menggunakan khidmat AirAsia lagi kerana saya pernah mengalami pengalaman yang sangat awesome terbang bersama AirAsia ke Negeri Sabah [klik] suatu ketika dahulu. Dan ianya masih menjadi kenangan terindah di dalam lipatan sejarah kehidupan saya. Oleh yang demikian, ia memberi harapan untuk saya terbang bersama Air Asia lagi.

Bersama salah seorang sahabat blogger, MK Syahir yang juga merupakan pemilik blog www.fuh.my
Kenapa Destinasi Bali, Indonesia Dipilih? Destinasi Bali, Indonesia dipilih adalah kerana, pertamanya ia merupakan salah satu tempat yang mana telah tersenarai di dalam wish lish travel saya pada 2014 ini. Mengukuhkan lagi alasan itu, semua antara kami masih belum menjejakkan kaki ke sana. Dan ia juga salah satu tempat yang menjadi tarikan hebat untuk bercuti. Lebih menguatkan lagi alasan untuk ke sana, apabila pengalaman hebat orang terdekat telah dikongsi bersama saya.

Apapun saya menyerahkan keputusannya kepada pihak yang AirAsia untuk meneliti dan menilai, cuma saya akan menanti dengan penuh harapan agar pihak AirAsia menimbangkan peluang terbaik ini untuk kami terbang bersama Air Asia dan kuatkan lagi ikatan bersama team AirAsia.


Tapi bagi yang menginginkan sesuatu yang lebih menarik, korang boleh rujuk poster di atas untuk lebih banyak destinasi hebat hanya *FREE SEATS. Jom ambil peluang keemasan ini dengan merancang percutian hebat anda bersama AirAsia pada tempoh perjalanan dari 1 MAC - 24 OKTOBER 2014. Tempah sekarang sebelum 31 Ogos ini berakhir !!

Share:

Lepak Di Malam Hujung Minggu | DESTINASI MALAM HUJUNG MINGGU

Lepak Di Malam Hujung Minggu | DESTINASI MALAM HUJUNG MINGGU | Secara tidak disengajakan malam ni kami dapat berkumpul bersama untuk lepak-lepak selepas event di Flamingo Hotel, Ampang.


Memang cukup meriah dengan kehadiran kakak kawasan merangkap ketua kadet tunas puteri sekolah-sekolah rendah semalaysia. *eh hahahaah Cik Paris Asyikin kita.

Apa yang bestnya , makanan kami pada malam ni ditaja khas oleh beliau yang meletop boom boom boom tu ha. *terima kasih hakak, moga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga. Ameen. Tak cukup dengan sate 30 cucuk, tambah lagi sampai tersadung semua hahaha. Ada pulak kerang bakar berprop yang over-over letop boom boom berapi-rapi tu ha. *over sangat prop api-api camtu kan


Bila sate tak cukup, bergaduh tarik-tarik rambut, hentak-hentak kaki sambil isap ibu jari tangan. *ahahhahha, over cerita MY kali ni. Biasa la dah lama tak lemak dengan hakak kawasan katakan. So malam ni memang happening giler lah kan. Nasib baik x pillow talk kat gerai yang kami lepak tu je. Siap-siap, tuan kedai dah punggah meja dan cuci kedai dah bagi hint suh kami balik. *kaedahnya kan. ekekekekeke


Apapon terima kasih hakak kawasan kerana sudi belanja kami berlima. Hope tak serik lah untuk lepak dengan kami berkongsi ilmu lagi ya. Yang penting, siapa kata orang hebat macam kakak kita ni tak pandang blogger-blogger macam kami. Kami ni dah rasa macam adik-beradik dah kan . Semoga persahabatan kita semua kekal diredhai Allah . Ameen.

Foto oleh penaberkala.blogspot.com

p/s : sate dia memang sedap. tapi sayang tak ingat apa nama tempat dan nama kedai tu.


Share:

KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP

KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP | Pencarian bakat baru drama ‘Seludup’ yang telah berlansung baru-baru ini telahpun berakhir dengan pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup yang dibuat hari ini. 

Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun)

Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Ujibakat DRAMA SELUDUP #masukdramaseludup ini diadakan bagi mencari bakat-bakat baru untuk diasah dan boleh diketengahkan. Ujibakat ni telah mendapat sambutan hangat. Sebanyak 136 peyertaan diterima tetapi hanya dua orang sahaja yang telah terpilih sebagai pemenang. Mana taknya, hadiah yang ditawarkan bernilai sehingga RM15000.


Menurut Jehan:
“Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.
“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair.”
Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata:

“Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.”

DRAMA SELUDUP adalah sebuah drama yang diarahkan oleh Jehan Miskin. Pelakon-pelakon drama ni semua hebat-hebat belaka seperti Syafie Naswip, Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Raja Ilya dan lain-lain lagi. Drama ni merupakan drama bersiri yang hanya mempunyai 13 episod dan lokasi penggambaran dijalankan di sekitar Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Drama ini diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.

Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk :

Instagram : Seludup

Mengenai Mastermind Group Sdn. Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my
Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125 | amy.lisa@geometry.com



Share:

OPEN HOUSE RUMAH CHE MAT GEBU DI SEDENAK | OPEN HOUSE DI JOHOR

OPEN HOUSE RUMAH CHE MAT GEBU DI SEDENAK | OPEN HOUSE DI JOHOR | Rombongan kami Kelab Blogger Ben Ashaari kali ni telah ke Sedenak di kediaman milik Che mat gebu iaitu penulis blog tiffinbiru.com. *sapa tak kenal dia kan?

OPEN HOUSE CHE MAT GEBU
Kelab Blogger Ben Ashaari
Macam biasalah, Cik Mat tak ada dalam gambar. Jadi ni la semua ahli rombongan KBBA semalam (10/08/2014). *memang meriah habis. Tambah pula makanan yang disediakan untuk kami semalam memang terbaik habis. haha. 

OPEN HOUSE CHE MAT GEBU
Antara juadah open house 
*Perghhh amacam meleleh tak? Mana tak meleleh, nak balik siap mintak plastik nak bungkus. ahhahaha . lawak-lawak. Nasib baik che mat bagikan. Apa yang penting, semua sedap kan. Selain tu, MY sempat rasa Laksa Johor untuk pertama kalinya. 


*memang terbaik habis. Laksa Johor ni uniknya ia bukan laksa, tapi spageti. hewhew. *eh macamana dipanggil laksa plak kan? mungkin sebab kuah dia la tu kot kan.

Kelab Blogger Ben Ashaari
So, nampak gayanya perjalanan kita ke sedenak ni sampai di sini saja, perjalanan kami masih jauh untuk balik ke Kuala Lumpur. Yang penting, dapat bekalan makanan dari Che Mat haha. *bekalan dalam perjalanan katanya. Thank You Che Mat. #KelabBloggerBenAshaari


Share:

Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza #SUPPORTGAZA | DOA UNTUK GAZA

foto Eddy Ahmad
Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza #SUPPORTGAZA | DOA UNTUK GAZA | Perhimpunan ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’ bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Gaza serta mengecam tindakan serangan Zionis terhadap warga Palestin

ISRAIL IS REAL TERRORIST - foto Eddy Ahmad
Menurut sumber, dikatakan lebih 10,000 peserta telah berhimpun di Dataran Merdeka pada Sabtu lepas bagi menyatakan sokongan terhadap penduduk Palestin di Gaza serta bagi mengutuk kekejaman rejim Zionis di wilayah tersebut.

FREE PALESTINE - foto Najeeb
Perhimpunan 'Selamatkan Anak-anak Gaza' ini membawa rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa turun untuk menyuarakan tidak puas hati mereka terhadap kekejaman Zionis terhadap penduduk di GAZA.

foto Eddy Ahmad
 foto Najeeb
Marilah bersama berdoa agar Allah SWT membantu rakyat Palestin dan kita semua :


"ALLAHU AKHBAR ALLAHU AL JABBAR AL QAHHAR AL MALIKUL QUDDUS AS SALAMU AL MUHAYMINU AL AZIZUL AL MUTAKHABIR AL HAYYU AL QAYYUM YA ZUL JALILI WAL IKRAM YA ALLAH ... hatiku luluh hati ku sedih hati ku merayu kepada MU YA ALLAH TOLONG LAAH MEREKA DI GAZA YA ALLAH BERILAH PERTOLONGAN MU YA ALLAH SELAMATKANLAH LANGIT DAN BUMI GAZA YA ALLAH YA HAYYU YA QAYYUM YA RABBUL ALAAMIINNN AAMIINN AAMIIN AAMIINNN YA RABB
الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر
YA ALLAH LINDUNGI LANGIT DAN BUMI GAZA LINDUNGI LAH PARA SHUHADA PARA MUJAHID SERTA SEMUANYA DI GAZA ... DATANGKANILAH BALA TENTERA MU YA ALLAH TURUNKANLAH SEMUANYA DARI LANGIT DAN BUMI DARI JAUH DAN DEKAT DARI TIMUR DAN BARAT DARI UTARA DAN SELATAN .. DATANGILAH MEREKA YG DI LAKNAT ITU DGN KEKUASAAN MU YG MAHA GAGAH LAGI MAHA PERKASA ... AAMIINNNN YA RABB
SESUNGGUHNYA HANYA KEPADA MU LAH KAMI MEMINTA AMPUN DAN PERTOLONGAN
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ YA ALLAH BERIKAN SEGALA KEKUATAN DAN KETEGUHAN UTK MEREKA DI GAZA BERTAHAN DAN TERUS BERJUANG BERJIHAD MENGHANCURKAN SELURUH MUSUH MUSUH DAN MENHANCURKAN SEGALA RANCANGAN JAHAT LAKNATULLAH JAHANAM TU ...
ALLAHU AL QAHHAR ALLAHU AL JABBAR ALLAHU AL QAWI ALLAHU YA HAYYU YAQAYYUM ALLAHU ZUL JALALI WAL IKRAM ALLAHU AL AZIZ AR RAHAMAN AR RAHEEM ... YA ALLAH hamba mu ini mohon dgn penoh tawaduk dgn hati yg paLing dalam berikan lah kemenangan serta selamatkanlah mereka semua di GAZA .. angkatkanlah AL QASSAM DAN SEMUA PARA MUJAHIDEEN DI GAZA BERIKAN MEREKA SEGALA KEKUATAN KETEGUHAN KEMENANGAN AAMIIINNNNN YA RABB
YA ALLAH SUKARKANLAH MEREKA MUSUH MUSUH KAMI DAN HENTIKANLAH MEREKA SERTA HANCUR MUSNAHKAN LAH MEREKA DGN BALA TENTERA MU YG TURUN DARI LANGIT KELUAR DARI BUMI DAN TERBANG DARI UDARA DARI LAUT DAN DARAT SEMUNYA YA RABB ... YA QAHHAR YA QAHHAR YA QAHHAR YA QAWI YA QAWI YA QAWI ALLAHU AL JABBAR AL JABBAR AAL JABBAR AL MALIKUL QUDDUS AL MALIKUL QUDDUS ALLAHU AL MALIKUL QUDDUS AS SALAM AS SALAM AS SALAM SELAMATKANLAH GAZA DAN SELURUHNYA SERTA PARA MUJAHIDEEN SEKELIAN AAAMIINN YA RABB YA RABB YA RABBUL IZZATI YA ZUL JALALI WAL IKRAM
BAKAR JIWA YG MEMBARA DGN SEMANGAT JIHAD FISABILILLAH BAKAR KASI PANAS MEMBARA SEPERTI API DAN BARA BAKAR TERUS MARA KEHADAPAN!"
Original article: relakssminda.blogspot.com 
Share:

NASI AYAM KUKUS AYAM DARA TAMAN MELATI | RUMAH TERBUKA HARI RAYA

NASI AYAM KUKUS AYAM DARA TAMAN MELATI | RUMAH TERBUKA HARI RAYA | Mood raya masih ada lagi ke? Kalau kat KL ni banyak rumah terbuka la kot. Ahad lepas MY sempat memenuhi jemputan seorang kawan dari SAHABAT MEDIA ke rumah terbukanya di area Setapak.

Open House
Ha kat belakang tu la tuan rumah nya, Faris El Azhar. Pergh sedap-sedap juadah dia sediakan. Terutama steamboat tu. Sempat jugak MY jamah spageti dia,*meleleh habaq hang. Yang bestnya, kata tuan rumah, masakan yang dia sediakan dimask oleh beliau dan kawan-kawan beliau. *ha, sapa kata lelaki bujang malas masak? .


-------------------------------------

Baliknya dari rumah Faris kami sempat solat magrib di masjid berdekatan sebelum meyambung projek makan kami di sekitar area tersebut. *makan apa la agaknya?. Ni ha, si Penaberkala [klik] mengidam nak makan Nasi Kukus Ayam Dara.

Gerai Nasi Kukus
Ni la dia kedai yang dikatakan NASI KUKUS AYAM DARA dia yang superb tu. Berdekatan dengan stesyen LRT Taman Melati. Bak kata Penaberkala, NASI KUKUS AYAM DARA ada ikan kering. *first time makan NAsi Kukus dia letak ikan kering ni ha.

Nasi Kukus Ayam Dara
*amacam, menyelerakan tak? Abam Hot Pap pap pap [klik] dah cuak, katanya melimpah ruah nasinya, huhu. Tapi yang penting licin dia bedal hahahaha. Kalau dah macam tu, jawapan dia memang sedap la kan. Nasib baik dah kenyang, *kalau tak leh oder lg. eh.

Pelanggan Ramai
Mana tak sedapnya kalau beratur orang, silap-silap leh bergaduh tarik rambut kalau potong barisan, eh huhu. *amaran potong barisan adalah amalan tidak sihat.kbai. Apapon, kalau korang nak datang try NASI KUKUS AYAM DARA kat sini, datang je cari area LRT Taman Melati.


Nak bagitau alamat penuh tak tahu plak. Nasi kukus ini dijual di sebuah gerai tepi jalan berhampiran dengan Stesen LRT Taman Melati KL, lebih kurang 200m. Kalau berjalan kaki dari stesen LRT dalam 5 minit boleh sampai ke gerai ini. Nak mencari gerai ini pon tidak susah sebab ianya terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan flat Sri Langkawi 2 di Taman Melati.

Apapon terima kasih Abam Pap pap pap sebab belanja air kan. *kalau tak tercekik kita kedahagaan . hewhew

Share:

Beraya di Kelantan | Budaya Di Hari Raya

Beraya di Kelantan | BUDAYA DI HARI RAYA | Alhamdulillah sedar tak sedar dah tamat bulan puasa. *sedih pun ada. Tapi yang pasti bila umur meningkat dewasa ni, suasana dan mood HARI RAYA semakin pudar.*eh kenapa la gaknya ya. Sepatutnya bila dah besar ni, bila dah ada duit sendiri kita makin happy la kan sebab nak apapon kita leh beli sendiri kan.

selfie dengan anak sedara
Raya sudah semestinya MY balik kampung kt Kelantan. *village people katakan. Tapi amat menyedihkan tahun ni bila jubah yang dibeli untuk digayakan di pagi syawal tertinggal kat kl. *damn macamana benda penting camtu leh tertinggal kan. Takpe, baju t-shirt ada sob sob sob. *nanges kesat air mata. Takpe baju raya takde kan. yang penting budaya turun temurun tu kita kekalkan.


Lepas sembahyang sunat HARI RAYA macam biasa kita berjalan-jalan ziarah rumah saudara terdekat. Yang penting Rumah Mok (nenek). Pastu rumah pak sedara . Lepas tu pulak balik tunggu orang datang pula. 

sebahagian dari keluarga yang datang beraya
Kalau HARI RAYA sebelum ni, kebiasaan bagi keluarga MY, lepas sembahyang sunat Hari Raya, kami ke kubur untuk ziarah kubur chik (atuk). Tapi tahun ni tak pergi. :"

Memandangkan diri ni dah makin dewasa. *dah makin tua. Tak ada sapa pon bagi duit raya kat MY,  apatah lagi nak bagi cek untuk dijadikan ubat duit raya tahun ni. *chais, nanges sambil lari-lari anak. Oleh sebab yang demikian, MY telah mengambil keputusan untuk  tak keluarkan modal untuk duit raya anak-anak sedara.*ekekeke, amacam kejam tak.. kejam tak?  Apa lagi meminta-minta la diorang kejar MY dari pagi sampai ke malam hahah. *sory ye anak-anakku, duit simpan untuk masa depan. *eh boleh pulak macam tu kan. Takpe, tahun depan paksu bagi ye. ekekeke.

Apapon doakan untuk saudara kita di GAZA. 
Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive