OPEN HOUSE RUMAH CHE MAT GEBU DI SEDENAK | OPEN HOUSE DI JOHOR | Rombongan kami Kelab Blogger Ben Ashaari kali ni telah ke Sedenak di kediaman milik Che mat gebu iaitu penulis blog tiffinbiru.com. *sapa tak kenal dia kan?

Macam biasalah, Cik Mat tak ada dalam gambar. Jadi ni la semua ahli rombongan KBBA semalam (10/08/2014). *memang meriah habis. Tambah pula makanan yang disediakan untuk kami semalam memang terbaik habis. haha. 

*Perghhh amacam meleleh tak?
Mana tak meleleh, nak balik siap mintak plastik nak bungkus. ahhahaha . lawak-lawak. Nasib baik che mat bagikan. Apa yang penting, semua sedap kan. Selain tu, MY sempat rasa Laksa Johor untuk pertama kalinya. 


*memang terbaik habis. Laksa Johor ni uniknya ia bukan laksa, tapi spageti. hewhew. *eh macamana dipanggil laksa plak kan? mungkin sebab kuah dia la tu kot kan.

So, nampak gayanya perjalanan kita ke sedenak ni sampai di sini saja, perjalanan kami masih jauh untuk balik ke Kuala Lumpur. Yang penting, dapat bekalan makanan dari Che Mat haha. *bekalan dalam perjalanan katanya. Thank You Che Mat. #KelabBloggerBenAshaari