travel, food and lifestyle blog

Friday, August 01, 2014

Beraya di Kelantan | Budaya Di Hari Raya

Beraya di Kelantan | BUDAYA DI HARI RAYA | Alhamdulillah sedar tak sedar dah tamat bulan puasa. *sedih pun ada. Tapi yang pasti bila umur meningkat dewasa ni, suasana dan mood HARI RAYA semakin pudar.*eh kenapa la gaknya ya. Sepatutnya bila dah besar ni, bila dah ada duit sendiri kita makin happy la kan sebab nak apapon kita leh beli sendiri kan.

selfie dengan anak sedara
Raya sudah semestinya MY balik kampung kt Kelantan. *village people katakan. Tapi amat menyedihkan tahun ni bila jubah yang dibeli untuk digayakan di pagi syawal tertinggal kat kl. *damn macamana benda penting camtu leh tertinggal kan. Takpe, baju t-shirt ada sob sob sob. *nanges kesat air mata. Takpe baju raya takde kan. yang penting budaya turun temurun tu kita kekalkan.


Lepas sembahyang sunat HARI RAYA macam biasa kita berjalan-jalan ziarah rumah saudara terdekat. Yang penting Rumah Mok (nenek). Pastu rumah pak sedara . Lepas tu pulak balik tunggu orang datang pula. 

sebahagian dari keluarga yang datang beraya
Kalau HARI RAYA sebelum ni, kebiasaan bagi keluarga MY, lepas sembahyang sunat Hari Raya, kami ke kubur untuk ziarah kubur chik (atuk). Tapi tahun ni tak pergi. :"

Memandangkan diri ni dah makin dewasa. *dah makin tua. Tak ada sapa pon bagi duit raya kat MY,  apatah lagi nak bagi cek untuk dijadikan ubat duit raya tahun ni. *chais, nanges sambil lari-lari anak. Oleh sebab yang demikian, MY telah mengambil keputusan untuk  tak keluarkan modal untuk duit raya anak-anak sedara.*ekekeke, amacam kejam tak.. kejam tak?  Apa lagi meminta-minta la diorang kejar MY dari pagi sampai ke malam hahah. *sory ye anak-anakku, duit simpan untuk masa depan. *eh boleh pulak macam tu kan. Takpe, tahun depan paksu bagi ye. ekekeke.

Apapon doakan untuk saudara kita di GAZA. 
Share:

7 comments:

  1. Adeh! Macam mana boleh tertinggal pulak....

    ReplyDelete
  2. Hari, hari, hari raya! Slmt hari raya bro!

    ReplyDelete
  3. hg orang kelantan ke..?? mcm x ja.. bukan pahang ek..

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
  5. Malang betul tertinggal jubah raya tu ye. Mesti menyumpah je tu. Hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum admin saya nak mohon dimasukkan ke dalam blog list admin untuk blog saya yang ini...

    http://bekamdanurutkerumahanda.blogspot.com/

    Harap admin sudi untuk memasukkan blog saya ini ke dalam bloglist admin

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive