travel, food and lifestyle blog

Tuesday, July 01, 2014

LeGEO ART RESTAURANT SETIAWANGSA | Restoran Berdekatan LRT

LeGEO ART RESTAURANT SETIAWANGSA | Restoran Berdekatan LRT | Food review kami kali ini adalah di Setiawangsa.  Sangat berhampiran dengan LRT Setiawangsa iaitu  LeGEO ART RESTAURANT, Setiawangsa. Lokasi yang MY rasa sangat strategik berdekatan dengan kemudahan pengangkutan seperti ini menjadikan tarikan untuk pengunjung datang dan merasai makanan disini.

Ruang tertutup restoran
LeGEO ART RESTAURANT, Setiawangsa bukan calang-calang restoran, ini kerana ia juga merupakan tempat yang seakan galeri seni. 

Lukisan-lukisan dan seni untuk dijual
Lukisan-lukisan dan hasil karya seni yang dipamerkan di sini adalah bukan saja-saja untuk pameran. Semua karya seni ini adalah bertujuan untuk dijual. *jadi sambil-sambil makan tu boleh la cuci-cuci mata tengok hasil kreativiti ni. Kalau ada yang berminat untuk letak lukisan, arca atau hasil seni mereka kat sini untuk di jual, memang dialu-alukan. 
Ruang luar untuk pengunjung
LeGEO ART RESTAURANT menyediakan ruang makan yang sangat kondusif kepada para pengunjungnya samada diluar mahupun didalam restoran. Kedua-duanya adalah sangat selesa. *okay kita stop bercakap tentang kondisi restoran ni.

Set meja makan bersila - Foto akumohdfakhrulislam
Jom kita tengok menu apa yang special kat LeGEO ART RESTAURANT ni. *mohon sediakan tisu untuk kesat air mata korang. ekekek.

Nasi Lemak Chicken Rendang
Nasi Lemak
Italian Omelette

White Sauce Chicken Slice Spaghetti
Nasi Goreng Tomyam
Fried Noddle Chicken Chop
Portugal Chicken Rices
Deep Fried Russet Potato with Spring Onions, Smoked Chicken Sandwich, Deep Fried Otak Otak, Cheese roll with sausage
Banyak pilihan makanan - Foto akumohdfakhrulislam
Seriusly MY cakap, makanan kat sini memang tidak mengecewakan. Untuk pengetahuan korang, sempena ramadhan ni LeGEO ART RESTAURANT SETIAWANGSA ni juga ada menyediakan menu berbuka dalam bentuk buffet.

Blogger, Pemilik dan chef restoran - Foto akumohdfakhrulislam
Bagi korang yang ingin rasa sendiri pengalaman di Art Restaurant ni korang boleh ke:

LeGEO ART RESTAURANT -Foto fauziaryaan
LeGEO ART RESTAURANT
1-G, Jalan Jelatek 1, Jelatek Business Centre,
54200 Ampang, Kuala Lumpur


Instagram: #legeoartrestaurant #legeo

~~Penawar sakit gout, stroke, migrin dan lain-lain [KLIK]~~


Share:

5 comments:


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive