Friday, July 04, 2014

BERBUKA PUASA DI THE MANHATTAN FISH MARKET | IFTAR DENGAN KBBA

BERBUKA PUASA DI THE MANHATTAN FISH MARKET | IFTAR DENGAN KBBA | Hari keempat Ramadan sempat berbuka puasa di DI THE MANHATTAN FISH MARKET bersama geng KBBA. Walaupun tak semua yang hadir, sekurang-kurangnya dapat jugak lah berjumpa diorang. *maklumla busy bebeno.

Antara yang hadir adalah Yanty, Kak Su, Najeeb, Razi dan Qaseh. *kelas selera diorang, nak makan kat sini. Kita masuk restoran dengan penuh keperibadian seorang orang kampung yang suci. Hahahaha. Tapi ada la cover urban people sikit eh huhu.

Bukak menu rasa macam nak pitam bangun pitam bangun sebanyak 14 kali kat tempat sama. Mana taknya kan air pun dah dekat RM10. *ok fine, rasa macam nak pergi cedok je air kat kolam air pancut kat depan restoran tu ha. Tu baru air, tak tengok makan-makan lagi ha. Kalau tengok harga makan rasanya korang akan hanya berbuka berbekalkan simpati kurma kering percuma yang disediakan kat situ je ha. *eh kbai.

Dok syok berbual-bual sambil menunggu juadah dan waktu berbuka, sampailah satu platters Manhattan Flaming Seafood Platter. *semua tengok kat MY seolah-olah MY yang bersalah. Berkali-kali MY cuba terangkan, itu bukan MY punya. 

*okay sebelum apa-apa ingat nak wat baik lah. wat masuk bag dulu ke. eh huhu. Nasib baik tak muat. Sekali check, diorang silap hantar da. Ni oder orang sebelah meja punya. Nasib baik puasa. Kalau tak memang dah cuit-cuit dah. *paling tak pun kepala udang dah hilang ekekekek.

Yang besar gedabak ni FRIED GIANT PLATTER . Pilihan 3 dara yang ada. hewhew. Sempat jugak MY cilok seketoi dua ekekekek. hope diorang tak perasan. Astagfirullah'halazim. Hope diorang halalkan. hewhew.

Apapon lepasni kalau ada yang sudi nak belanja MY makan kat sini fikir 2,3 kali ye. Sebab MY dah mark nak makan Grilled Flaming Lobster Platter. Yang katanya mencecah RM125++. Eh huhu. *Balik rumah nanges sorang-sorang. hew hew

10 comments:

  1. Untung la dpt mkn2 kat pasar ikan manhattan... kerlassss....

    ReplyDelete
  2. Sedapnya... teringin nak pergi jugak tapi takde duit :(

    ReplyDelete
  3. macam nak try..tp tak berkesempatan lagi la..huhu

    ReplyDelete
  4. sedapnyee..dulu keje part time dekat alamanda masa cuti sem..sempat jugak la masuk dapur kat manhattan makan kat blakang..sedap...

    ReplyDelete
  5. fuh...
    meriah pulak tgkberbuka ramai2,
    makan xyah cakap ler.
    kalau dh review tu kompom sodap.

    ReplyDelete
  6. Kemain tau berbuka dengan urban people katanyaaa. Nampak macam menarik je semua. Haish. T_T.

    ReplyDelete
  7. Menyesalnya masuk blog nie. T__T

    ReplyDelete
  8. Sumpah x penah p makn sana

    ReplyDelete
  9. Fuh makan menangis smbl tengok harga...belum pernah menjejakkan kaki ke tempat2 urban yg sperti MY katakan ni...selalu singgah kat mamak dgn warung je.

    ReplyDelete