travel, food and lifestyle blog

Friday, October 18, 2013

Diketawa Gara-gara Minta Nasi | Nasi Kandar

Diketawa Gara-gara Minta Nasi | Nasi Kandar | Tetiba rasa macam nak berkongsi satu peristiwa yang terjadi keatas MY beberapa tahun yang lepas. Masa tu MY tengah belajar di Matrik Penang. Maknanya ni adalah pertama kali MY berhijrah ke negeri orang. Apa yang best dengan Pulau Penang? Apa yang ada kat sini? *semua persoalan timbul. Sehinggalah seorang dari kawan MY ajak untuk keluar dan bersiar-siar di sekitar Pulau Penang




Bila dah berjalan sakan tu, perut MY ni mula la meronta-ronta mintak di isi. Tetiba member MY tu pulak ajak ke Kedai Mamak untuk makan Nasi Kandar. Woah ni dah peluang baik. Memang lama dah nak merasa makan Nasi Kandar ni. Selama ni asyik dok tengok kat tv je. 

Sampai je di Restoran Mamak tu MY terus pergi oder nak nasi kandar.

"Saya nak Nasi Kandar Satu"
tetiba member MY tergelak-gelak di belakang.tengok je muka mamak tu dia senyum je kat MY.
"Apo kono eh diorang ni, gapo hok dop keno nie?"
lalu mamak tu tya nak lauk pe dan MY pun slamber dengan muka tak tahu pepe tunjuk lauk yang MY nak.
Bila pergi je kat meja , kawan MY cakap.
" weh, apa la ko mintak nasi kandar"
MY plak menjawab
" awat plak? kan kita memang nak makan nasi kandar? salah ke aku mintak nasi kandar?"
dan makin besar pulak gelaknya. MY pulak makin pelik.
Dan dia menjawab
" Memang la kita nak makan nasik kandar, tapi cukup kalau ko mintak nasik je.Kat penang ni kalau ko masuk je kedai mamak, kalau ko mintak nasik putih tu maknanya diorang akan paham ko nak nasi kandar la tu."
tetiba MY terkedu...
"erkkk, macam tu eh? awat hang tak habaq awai-awai"
tetiba je muka MY yang hitam ni terasa kebas hahahahahahah.. malu weh. nasib baik xder org lain masa ambik order , huh anggap jela mamak tu tak paham apa-apa yang aku mintak.. erkkk.. Boleh macam tu? ngeeeee


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas |  Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah sepertiterung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.

*Adeh-adeh tragis sungguh cerita MY ni. hahhaha. Sekurang-kurangnya MY dapat belajar benda baru, tak hanya memakan budu je kan. Jadi kita harus ingat bahwa, bukan hanya satu budaya sahaja ada didunia ni, walau hanya sejengkal langkah kita, 1000 perkara akan  berubah .

Share:

6 comments:

  1. haha memang dah betul tu mintak nasi. mana nak tau sebut kandar sahaja kat penang. lawak betul pengalaman tu

    ReplyDelete
  2. gitu plok terbalik nak nasi kandar kene ckp nak nasi putih plik bebenor eh eh eh

    ReplyDelete
  3. Hehehehe......muka selamba bertukar rupalah lepas tukan..?malunya....hahahaha

    ReplyDelete
  4. aku dulu siap kompius lagi, eh apsal melayu makan kat kedai india? maklumlah aku x tau apa apa pun pasal mamak dan nasi kandar

    ReplyDelete
  5. hahaha...nanti pi pineng nak makan nasi kandaq satu...
    confius jugak dgn nasi kandar nie...

    ReplyDelete
  6. hahahahahahha.. baru ena tahu.. lepas ni kalau pergi penang, masuk kedai mamak kena minta nasi putih a.k.a nasi kandar.. ena suka makan kat kapitan... awwww sedapnyaaaaa

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive