Peluang Menjadi Sukarelawan | Press Conference Shopping Raya 2014 Anak Yatim

Peluang Menjadi Sukarelawan PROJEK IQRA' | Press Conference Shopping Raya 2014 Anak Yatim | Bulan puasa dah makin mendekati kita. *sudah bersedia ker? Yang tinggal dulu agaknya dah diganti ker? haha. Hope semua dah bersedia la kan. Bagi yang bersedia, berkobar-kobarlah menunggu tibanya ramadhan. Kerana mereka tahu apa specialnya bulan RAMADHAN ni.

*Haha, mimpila kalau ada yang nak sponsor MY Shopping raya kan. Alhamdulillah, event ini dihadiri oleh beberapa orang blogger termasuklah Blogger Hasrul Hassan [klik] yang datang jauh dari Pulau Pinang. * terima kasih bro. Selain itu blogger yang turut hadir adalah, Shawn Razaleigh yang mana beliau juga merupakan sukarelawan tegar di Rumah Kebajikan At-Taqwa, Puchong. Begitu juga blogger Najeeb Abdullah dan Nurramiezah Fadzil .

Bila kita bercerita mengenai RAMADHAN ni, mesti ada tempias cerita mengenai RAYA. Bila dah citer pasal RAYA ni pulak tebayang saat-saat gembira. *tambah pula masa shopping barang-barang nak raya kan. Okay kita stop bercerita, kita straight kepada cerita yang sepatutnya untuk entry ni, huhu.

Pada sabtu lepas 10/05/2014 MY dan beberapa orang blogger dan sukarelawan PROJEK IQRA' telah menghadiri satu Press Conference Shopping Raya 2014 yang dianjurkan oleh PERTUBUHAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA' SEMALAYSIA di KYROS KEBAB AYEAR @ 8 di Presint 8 Putrajaya. *wah shopping raya. cambest je, cambest je.huhu Ada yang nak sponsor MY shopping Raya ke tahun nie? * eh huhu

Bagi mereka yang masih belum tahu apa itu PROJEK IQRA' boleh ke entry nie: APA ITU PROJEK IQRA' [klik]

Selain dari mereka ni, majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang blogger yang mana baru pertama kali mengikuti event PROJEK IQRA'. *meriah huhu

Pada awalnya perbentangan ringkas mengenai PROJEK IQRA' dan program-program yang ada dibawah pertubuhan kebajikan ni oleh saudara Solleh. Selepas itu majlis diteruskan dengan penerangan mengenai Program Tajaan Shopping Raya untuk anak-anak yatim dan miskin oleh Kak Pah kita. hehe.

Mengikut pembetangan yang telah dibuat oleh Kak PAh, tahun ni dikatakan kanak-kanak yang akan ditaja dalam program SHOPPING RAYA 2014 ni adalah seramai  550 anak anak yatim, fakir miskin & asnaf dari 9 buah rumah kebajikan sekitar 7 buah negeri. 
Negeri-negeri yang terlibat adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah. 

Apa yang bestnya menjadi sukarelawan SHOPPING RAYA ni, korang akan dapat seorang adik yang terpilih untuk dibawa untuk shopping keperluan raya mereka. *mesti meriah kan, tambah pula bagi mereka yang sukakan kanak-kanak tu. MY yakin pengalaman macam ni akan menjadi pengalaman yang sangat manis dan best buat korang . Insyaallah.

Mengikut perancangan, SHOPPING RAYA ni akan berlansung pada hari sabtu dan ahad sekitar bulan RAMADHAN ini sehingga minggu ke 3 bulan Julai. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan dalam program ini bolehlah follow mereka di Facebook Projek Iqra' [klik] . Korang boleh tunggu update terkini mengenai event SHOPPING RAYA 2014 ni terus dari sini. *korang kena cepat kalau tak menggigit jarila.

Jika korang berkemampuan dalam keuwangan, korang boleh menolong mereka dengan join  kempen taja mereka. Kempen untuk memberi tajaan untuk mereka masih lagi dibuka.

Kempen TAJA SHOPPING RAYA 2014 Setakat 11/5/2014

550 anak anak yatim , miskin dan asnaf untuk ditaja
Statistik :
1. sudah 160 anak anak ini ditaja, alhamdulillah
dan
2. BERBAKI lagi 390 yang perlu DITAJA
Taja 1 pelajar : RM 195 sahaja*

*anda boleh berkongsi dgn rakan rakan utk menaja

Utk salurkan tajaan anda,
sila lakukan transaksi di sini .

KLIK :- http://bit.ly/shoppingraya2014

Atau , (alternatif) ke :-

Akaun : Maybank

No.akaun : 564810504003

Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia

emailkan : [email protected]

Letakan nota : Shopping Raya 2014

Utk maklumat lanjut,

Hubungi :-

1) solleh : 017 670 2033

2) sharifah : 017 274 8904

3) suhaimi : 019 217 5597

Nota:-

1. Utk maklumat lanjut mengenai apa itu program shopping raya , penerima manfaatnya dan
bagaimana tajaan anda digunakan sebaik mungkin,

sila klik disini : http://bit.ly/shoppingraya2014

2. Bantu kami utk mendapatkan dana tajaan bagi membolehkan program ini dilangsungkan seawal Ramadhan tahun ini untuk 500 orang penerima manfaat program ini.

3. Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan resit sumbangan yang dibuat.

4. Emailkan bukti transaksi berserta alamat dan no hp ke : [email protected]
Apapon diharap program SHOPPING RAYA 2014 ni kan berjalan dengan lancar sepertimana yang telah diatur. Dan kepada semua penaja-penaja, terima kasih diucapkan. Semoga kalian dimurahkan rezeki oleh NYA. Amin.

p/s: untuk pengetahuan korang, tahun 2014 merupan tahun yang ke-3 program
SHOPPING RAYA diadakan.

Post a Comment

9 Comments

  1. syoknyer...yana ade suh nad join derma..best kalau dpt join ni

    ReplyDelete
  2. Wahhh abang HH pun hadir. Semangat betul dia. Hehehe. Apapun, ena doakan supaya program ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang dikatakan bila hati dan keinginan tu wujud. Insyaallah

      Delete
  3. PERKONGSIAN YANG MENARIK! :) INSYAALLAH KALAU DIBERI KESEMPATAN,NAK JOIN JUGAK :)

    ReplyDelete
  4. Mcm mna nak join jd sukarelawan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti boleh cuba contact no yang tertera ya, tq

      Delete
  5. Assalammualaikum...MY,

    wah... meriah sesangat.. bagus usaha murni yang dibuat nie.. moga2 ada keberkatanNya... nice.

    mselim3

    pls: dapat info daripada blogger zulhilmi tempoyak...

    ReplyDelete