Wednesday, May 14, 2014

MENGAJAR SAINS | KELAS RAKYAT : Attaqwa Putra Perdana


Kelas Rakyat_foto Najeeb Abdullah
MENGAJAR SAINS | KELAS RAKYAT : Attaqwa Putra Perdana | Dah sebulan lebih rasanya tak dapat join KELAS RAKYAT di Rumah Attaqwa Putra Perdana. *bukan apa, masa yang tak mengizinkan. Tapi Alhamdulillah ahad lepas, masa digunakan sepenuhnya untuk MY ke sana untuk membantu apa yang patut.

Tapi sesuatu yang tak diduga berlaku bila, adik tasha nak belajar sains dengan aku. *warghhhhhhhhhhhhhh oh dunia kenapa ko kejam sangat. wuwuwu. Dah berapa tahun abang ko ni tinggal sains dik oii. Ok takpe, MY gagahi la jugak. 

MY: Okay dik tajuk apa tak faham tu?
Tasha : MINERAL [klik] bang.
MY : (dalam hati) matila, ni mesti nak persamaan bagai nie. 
Tasha : (tenung-tenung-tenung je)
MY: (tarik nafas hembus-tarik nafas hembus hahha)

Secara automatik otak ni terus memproses saki baki data-data lama yang mungkin masih berbaki kat kepala ni hahaha. Sebelum kelas bermula, MY ambik buku dia dan cuba study dan imbas balik ilmu-ilmu lama. *berpeluh-peluh gak ketiak nie kan. Mana tak berpeluh kau, nak ingat balik pasal mineral, unsur-unsur dan sebatian bagai tu. huhu. 

Tapi untuk adik-adik, kuharungi jugak kan. Alhamdulillah. Apa yang aku ajar diorang faham. Yang paling aku teruja skali bila aku bagi soalah kat TASHA semua dia boleh jawab. *waaaaaaaaaaaaa, hebatnya dia. MY harap dia akan lebih rajin lagi belajar dan cepat berjaya.

*dalam mengajar ni kena ada taktik khas kalau tak nak anak murid tahu yang ko sememangnya tak tahu pasal sesuatu benda. Ok sampai disini saja ye dik. Nanti untuk soalan dan subtopik sekian-sekian tanya cikgu kat sekolah ye. eh kbai. *hope dia tak tahu yang aku cuba mengelak ahaha.


8 comments:

  1. kelas rakyat? macam best jer.. apa tu? maaf bertanya, baru jer pindah puchong ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha boleh la join, nanti. ni just kelas nak ajar anak2 yatim kat situ buat keje sekolah je.

      Delete
  2. salam. eh..kelas rakyat?? first time dengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kelas rakyat hehehe. kalau ada masa jom la join kami

      Delete
  3. Allahu, rindu nya kat budak-budak ni. dulu prnh buat program dgn dyeorg. sekarang tersekat sbb xde masa :(

    ReplyDelete
  4. Menarik... Bagus kelas rakyat ni.. membantu golongan yg sepatutnya dibantu & memerlukan. Semoga dipermudahkan segalanya dgn sepenuh keberkatan... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  5. aku rasa mcm nk join tapi aku duk jauh..

    ReplyDelete

Created By Sora Templates