travel, food and lifestyle blog

Monday, May 12, 2014

SIGNATURE CAFEARO by Yves | Restoran Makanan Barat, Timur dan Fusion


SIGNATURE CAFEARO by Yves | Restoran Makanan Barat, Timur dan Fusion | Melangkah ke bangunan pusat beli belah 1 Shamelin yang terletak di Cheras, dimanakah agaknya lokasi food review MY kali ini.

Restoran SIGNATURE CAFEARO by Yves adalah lokasi food review MY kali ni. Food review kali ni di wakilkan oleh kawan blogger MY iaitu Abam Pap pap pap [klik]. *eh huhu. Dengan lot premis yang sangat tersergam indah berwarna hijau, pasti membuatkan pengunjung tak sabar untuk masuk dan merasai pengalaman di restoran ini.

SIGNATURE CAFEARO
Restoran SIGNATURE CAFEARO by Yves ini menyediakan ruang makan yang sangat selesa untuk pengunjung yang ingin makan disini samada ruangan luar bagi mereka yang ingin suasa santai sambil menghisap rokok atau pun ruangan berhawa dingin dibahagian dalam lot premis.

Ruang makan disebelah luar turut disediakan
Ruangan makan yang sangat santai ini adalah sangat berlainan dengan restoran yang pernah abam singgah menjadi daya tarikan disini. Pilihan kerusi rotan ini dan ditambah dengan kusyen oren menaikkan keindahan restoran ini untuk menikmati makanan.

Dekorasi yang sangat santai dan cantik
Untuk pengetahuan semua, Signature Cafearo by Yves mengambil nama seorang chef direstoran ini yang bernama Yves. Restoran ini adalah sebuah restoran HALAL yang menyajikan makanan barat, timur dan juga gabungan makanan yang diubah mengikut selera kita orang timur. *so kepada yang muslim, tak perlu was-was untuk makan makanan di sini.

Bagi mereka yang sangat memilih bab makanan dan sentiasa menjaga kesihatan, mereka menyajikan makanan yang sangat terbaik kerana menggunakan minyak zaitun didalam penyediaan mereka pada harga yang sangat munasabah dan sangat berbaloi.

Sebagai permulaan, kami telah memilih untuk minum ribenna fizzy. Sebenarnya terdapat pelbagai jemis minuman yang disediakan disini. Antaranya :


Flat White
Affogato
Refreshing Fruit Juices
Oreo Mint Ice Cream Milkshake
Virgin Mojito
Fizzy drinks
- Ribena Fizzy, Mango Fizzy, Passion Fruit Fizzy, Strawberry Fizzy, Kiwi Fizzy, Mix Berry Fizzy
Smoothies
Cafe Latte
Honey Cafe Latte 
Caramel Cafe Latte
Hazelnut Cafe Latte
Irish Cream Cafe Latte
Ice Blended 


Pelbagai jenis minuman
Minuman blended juga disediakan 
Kemudian kami dihidangkan dengan makanan yang menjadi pilihan dan signature bagi restoran ini. Jom saksikan.

Vast Ocean Salmon Salad
Vast Ocean Salmon Salad - Hidang pembuka selera yang terdiri daripada salmon salai, tomato ceri, bawang, asparagus dan ditaburi dengan kekacang dan hirisan timun dan ditambah dengan rasa masam mayonis sesuai bagi mereka yang menjaga bab kesihatan.


Smoked Salmon & Spinach Quiche
Summer Angel
Summer Angel - Hidang salad yang terdiri daripada hirisan nenas, ketulan ayam bermadu, betik, apple, kismis, kekacang dan tomato ceri yang dipanggang dihiasi dengan sohun yang digoreng rangup dan digaul dengan sos yang dibuat sendiri dengan rasa istimewa.

Smoked Duck Pesto Fettuccine -RM 17.90
Smoke Duck Pesto Fettuccine - Salah satu hidangan utama yang terdiri daripada daging itik salai, tomato ceri dan sesame yang dimasak dengan sos pest buatan sendiri. Semua bahan yang digunakan adalah fresh dan sihat.


Soft Shell Crab Mustard Mayo Wrap
Soft Shell Crab Mustard Mayo Wrap - Hidangan yang bagi abam pertama kali rasai kerana bilamana ketam lembut dibalut dengan roti yang sangat empuk dan ditambah dengan kesegaran salad didalamnya. 

Oceanic Secret Night 
Oceanic Secret Night -  Hidangan utama yang mengandungi potongan salmon yang disalai, labu yang dipotong dadu, tomato yang dibakar elok dan hirisan buah zaitun hitam. Sesuai bagi mereka yang menjaga bab pemakanan.

Soft Shell Crab + Ham Cheese Bake Egg Rice
Soft Shell Crab + Ham Cheese Bake Egg Rice - Hidangan utama yang sangat unik kerana bahan-bahan terdiri daripada nasi yang dianggang dengan cheese, telur dan dihiasi dengan ketam lembut. Memang sangat teruja merasainya.

Roasted Mushroom Soup - RM 8.90
Roasted Mushroom Soup - Boleh dikelaskan sebagai menu utama bagi sesaiap yang menjaga pemakanan. Sup cendawan yang diberi rasa yang istimewa ini memang sedap dimakan dengan roti perancis yang dibakar elok. Rasa cendawan yang direneh elok sangat menggelodak rasa.

Carrot Cake 
Carrot Cake - Menu pencuci mulut ini adalah yang menjadi pilihan abam kaw. Rasa carrot cake yang tidak terlalu manis ditambah dengan structure nya yang sangat kukuh dan tida berderai menjadikan ianya suatu pilihan sekirana kesini. Untuk lebih kenikmatan boleh cuba dengan siraman jus lemon untuk mengahsilkan rasa yang boommm !!

Coffee Cheese Cake
Coffee Cheese Cake - Menu ini juga menjadi pilihan abam kaw kerana selalunya kita biasa dengan coklat cheese cake tetapi kali ini sesuatu kelainan menjadi coffee cheese cake. Rasa coffee nya yang tidak paht dan ditambah dengan masam-masam cheese menjadikan ianya suatu kombinasi yang sangat padu. 

Bread & Butter Pudding
Bread & Butter Pudding - Puding roti yang dipanggang elok dan digabung dengan sos custard yang boleh dikatakan manis-manis buah. Roti yang digunakan adalah sangat elok untuk kesihatan.

Apa yang boleh MY katakan, makanan yang disajikan di  Restoran SIGNATURE CAFEARO by Yves memang sangat mementingkan bab kesihatan dan sangat sedap. Semua yang dihidangkan memang memenuhi citarasa. Kata Ahmad Fauzi, dia suka akan menu Bread & Butter Pudding, Coffee Cheese Cake, Carrot Cake dan Soft Shell Crab + Ham Cheese Bake Egg Rice.

Signature Cafearo by Yves
Terima kasih kepada  restoran Signature Cafearo by Yves kerana menarima kehadiran kami rakan blooger ke restoran dan menyajikan makanan yang sangat sedap. 

Bagi mereka yang ingin mencuba makanan yang abam cadangkan, korang semua boleh ke alamat berikut:

SIGNATURE CAFEARO BY YVES
C-G-03A, 1 Shamelin Shopping Mall,
100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-9286 6811

Waktu Operasi :
10.00 pagi - 10.00 malam

Facebook Page:
https://www.facebook.com/signaturecafearo

Jika anda berpeluang datang dan makan disini, jangan lupa kongsikan foto-foto anda di instagram dan facebook dengan menggunakan #signaturecafearo.

Jutaan terima kasih kepada rakan blogger Abam pap pap pap [klik] kerana sudi represent MY untuk food review di Restoran SIGNATURE CAFEARO untuk kali nie. Terima kasih juga kepada Isabel kerana percaya dan tak jemu menjemput MY untuk menghadiri event. Tak lupa juga kepada pihak Restoran SIGNATURE CAFEARO by Yves .

Share:

14 comments:

  1. adiii, telan ailio kak fiza tgk . sedapnyaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaah jgn telan banyak2 nanti lemas . eh huhu

      Delete
  2. Ocean Secret Night tu nmpk mengghairahkan hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try tu bro... bawak dayyan skali hehe

      Delete
  3. Replies
    1. sama2, thanks jugak sebb sudi ganti

      Delete
  4. Husihhh teruja dengan makanan yang ada salmon salmon tu. Semua nampak sangat tempting!!!! Geram tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena p tu, kalau x nanti mengidam . eh huuhu

      Delete
  5. Larh dekat je dengan rumah kita rupanya. Okaylah. Nanti try. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu maknanya awak kna pergila tu hehhe

      Delete
  6. Menyelerakan :)
    Insyaallah akan ku cuba
    Mencari santapan di sini

    ReplyDelete
  7. huntunglah leh makan sedap2....nanti jgn lupa ajak aku lain kali...

    ReplyDelete
  8. Asyik post pasal makan-makan, jalan-jalan.. Seronoknya jadi ko nie Mawardi. Mesti ar Fully sponsored kan.

    ReplyDelete
  9. This restaurant is pork free instead of HALAL. But all the food is NICE !!!

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive