Alkisahnya BISKUT OAT & WHEAT Palie Hilang | Ragam Kelas Rakyat


Alkisahnya BISKUT OAT & WHEAT Palie Hilang | Ragam Kelas Rakyat 2014 | Minggu nie (18/05/2014) macam biasa, Palie memang boleh dikatakan super aktif sikit,. Tapi awas sebab dia mudah merajuk hahahha. Hari ni ada kisah tentang Pali yang memang membuatkan MY akan nak gelak dan terasa perut ni macam nak meletup je huhu.

Bila MY sampai je dar jauh dah dapat tengok mulut dia dok pot pet pot pet tak berenti, dan muka kakak sukarelawan yang jaga dia rini tu pasrah je. ahahahh *dah kenapa deknon kan. Yela mana taknya, si palie tu dok pot pet sana pot pet sini sampaikan akak sukarelawan tu tak mampu nak meyampuk walau sepatah hahha. *tengok kejang je MY tengok ahahha. kesian

Satu..satu dia kumpul Biskut Oat & Wheat tu. Kumpul setempat katanya, bila bilang punya bilang, Biskut Oat & Wheat yang tadi dia kumpul tu tak cukup katanya. Ha apa lagi. menadah teliga la kami dengan bebelan dia, dengan kalutnya dia kesana kemari dengan harapan mencari cookies dia yang hilang tu akan jumpa kan. *ahahahah memang senak habis perut nie gelakkan dia.
"Ai Palie, awak ke akak yang mengajar sebenarnya nie? sapa ajar sapa nie? " usik kak Umi antara sukarelawan yang mengurus kami di sana. Tetiba semua terdian dan gelakkan si Palie hahah. *muka redha je akak sukarelawan yang jaga Palie tu. Sampai balik haha. Memang serius, ceria semacam je dia hari nie kan.

Tambah lagi keceriaannya bila dia dapat hadiah Biskut Oat & Wheat yang sukarelawan Penaberkala [klik] bawak bila dia dapat jawab soalan teka teki dari kami. ha. *kemain la dia sengeh kan. 
Ha nie pulak Akif, baru darjah 3. Sejak dua menjak ni dia makin rajin belajar. Alhamdulillah. Tapi ada kisahnya juga dengan dia hari nie. Bukan sebab kehilangannya Biskut Oat & Wheat . Sebab dia memang x makan pun cookies tu. Asyik dok makan lolipop bentuk kaki yang sukarelawan Umi bagi.

Alkisahnya, sayup-sayup dia pun hari ni, yang tak menahannya dia asyik kentut je kan. Bukan nya kentut biasa, berpam pam gitu ha. *ahhaahah lari. Bila ditegur supaya jangan kentut lagi so dia stop. Dia tuduh orang lain. hahaha. Tapi yang lawaknya, lepas tu dia sendawa pulak. hahahha. *mungkin menahan sangat dari angin keluar dr bawah tu. ahahaha. Tetiba rasa bersalah plak suh dia jangan kentut . huhu. Serius comel je ko Akiff huhu.

So, moral of the story, jangan paksa budak tahan kentut. sebab diorang ni jujur. ikut arahan. ahahah. Bagus Akiff sebab ikut arahan abang. Tapi jangan la sampai KENTUT tu ko pergi convert jadi SENDAWA pulak kan. wakakakkaakaka. *menabah je dengan diorang ni. bikin perut ni senak gelak. huhu.
Apapon bila MY datang sini, sambil cuba menyampai apa yang mampu . MY pun memang belajar banyak benda dari diorang, dari kisah hidup diorang. Hilang masalah kerja seketika. Fuh, agak-agak apa citer la ye minggu depan hahaha.

If korang pun berminat untuk menjadi salah seorang dari sukarelawan Projek Iqra' boleh la follow Facebook Page ProjekIqra' [klik] untuk update terkini tentang kelas dan rumah anak yatim yang terlibat.

Post a Comment

11 Comments

  1. Haha..tu best lyn budak potpet tu

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah..murninya usaha kalian. Aku berminat tapi kerja tak kira masa.. kalau ada sekita KL or Selangor rasa jugak nak join.. Macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti follow fanpage facebook projek iqra untuk update ye bro. tq

      Delete
  3. jika nak memberi sumbangan pakaian yang masih elok untuk diberi pada anak anak yatim, boleh ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti boleh contact pihak projek iqra' . boleh cari detail kat facebook projek iqra'

      Delete
  4. terima kasih madi ajak pi sana
    alhamdulillah, akhirnya dapat gak jumpa dengan mereka semua
    next time, inshaAllah nk join lagi
    seronok tengok semua suka bila dapat biskut oat :)

    ReplyDelete
  5. gelak besar membacanya. Aduhai anak-anak....ada-ada sahaja gelagatnya. Thanks Mawardi kerana bersukarelawan di Kelas Rakyat :)

    ReplyDelete
  6. lucu...lucu....sangat lucu :)

    ReplyDelete
  7. Hahaha comel sungguh gelagat mereka. Hahahahaha.

    ReplyDelete