travel, food and lifestyle blog

APA YANG MENARIK DI MAPS PERAK


Cuti sekolah ni mesti ramai yang merancang untuk bercuti bersama-sama keluarga. Memandangkan tahun 2017 pun sudah hampir habis, inilah peluang terbaik untuk menghabiskan cuti tahunan yang berbaki. Agaknya mana lokasi menarik sesuai untuk percutian keluarga yang ada di sekitar semenanjung ni ya? Dengar khabar, di Ipoh ada satu taman tema baru buka?


1. 0 MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS) PERAK

Movie Animation Park Studios atau lebih dikenali dengan singkatan MAPS Perak yang berkeluasan 52 ekar ni baru sahaja dibuka pada bulan Jun 2017 yang lalu.*kalau tak silap saya pada hari raya pertama aidilfitri. Untuk pengetahuan korang, "Live Your Dreams" merupakan tagline yang digunakan bagi taman tema ini dan ianya telah menarik lebih kurang 150,000 pengunjung dari pelbagai peringkat umur sepanjang tempoh operasinya. Lokasinya yang strategik iaitu di Ipoh, Perak dan tidak jauh dari Lebuhraya Utara Selatan ini memudahkan pengunjung untuk datang ke sini.


Movie Animation Park Studios (MAPS) ni bukanlah seperti taman tema biasa  kerana ianya datang dengan konsep berdasarkan animasi-animasi popular yang ada ditayangkan di televisyen. Antaranya seperti Smurfs, Casper, Megamind dan banyak lagi. Selain dari watak animasi luar negara, MAPS Perak juga menjadikan watak animasi BoboiBoy sebagai salah satu tarikan mereka.


1.1 TARIKAN SEKITAR MAPS PERAK

peta-maps-perak

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang apa tarikan yang ada di MAPS Perak ni. Apa yang boleh saya kongsikan ialah, terdapat banyak zon-zon menarik yang boleh korang terokai dan antaranya seperti Live Action ZoneFantasy Forest ZoneBlast Off Zone dan Dream Zone*dan untuk pengetahuan korang, Dream Zone masih belum dibuka dan bakal dibuka dalam masa terdekat.


1.1.1 ANIMATION SQUARE



Dari kaunter tiket kami perlu melalui jambatan merentasi tasik buatan menuju ke Animation Square dimana ianya merupakan pusat kepada MAPS Perak ni. Dari jauh lagi kami dah boleh nampak kemeriahan rekabentuk bangunan dengan penuh warna warni. Badut-badut ceria berlari kesana sini menanti dan menghiburkan tetamu mereka.



Bagi yang pertama kali ke sini, korang boleh mengambil maklumat di kaunter informasi yang berada di sebelah kanan bangunan. Bila sampai betul-betul di bahagian tengah, di lorong sebelah kanan adalah lokasi The Home of BoboiBoy manakala ke kiri pula ada Adventure Cartoon Factory .


Disini korang boleh ke 4D Motion Adventure, BoboiBoy Hero Academy dan juga Tok Aba's Kokotiam. Bila dah sampai sini, korang kenalah cuba minuman coco Tok Abah. Selain dari makanan dan minuman, di Tok Aba's Kokotiam juga ada jual pelbagai cenderahari BoboiBoy.



Waktu untuk BoboiBoy Hero Academy ialah 11:00am, 01:00 pm, 03:00 pm, 04:00 pm, 06:00 pm, dan 8:00 pm. Manakala waktu Fire Show di Maps Landing pula adalah pada jam 08.05 pm.


Di sini juga mempunyai centre stage dimana akan ada persembahan pada waktu-waktu tertentu *seperti dalam jadual di atas


1.1.2 BLAST OFF ZONE


Dari luar lagi dapat dilihat, sebelah kiri Animation Square ada sebuah kapal angkasa berbentuk belon yang cukup besar. Bagi mereka yang pertama kali datang kesini mesti tertanya-tanya apa sebenarnya yanga da di dalam. Untuk pengetahuan korang kapal angkasa berbentuk belon ini merupakan sebuah restoran 3 tingkat yang diberi nama Starship Restaurant. Kalau tanya saya, disini menu western dia memang tip top dan puas hati.


Bila perut dah kenyang, boleh lah sambung teroka permainan yang extreme berdekatan StarShip Restaurant ni. Apa yang boleh saya katakan disinilah penerokaan sebenar untuk orang dewasa di MAPS Perak buat masa ni.  Antara ride yang korang boleh cuba adalah seperti HyperSpin, Asteroid Attack, Space X-Plorers,  dan The Adventurers Bumper Blast. *jadi dont ever say that MAPS Perak ni hanya untuk hiburan adik-adik je.hahaha

Space X-Plorers

HyperSpin

Asteroid Attack

The Adventurers Bumper Blast

Dalam banyak-banyak ride, cuma satu ride yang saya tak sanggup nak naik iaitu Asteroid Attack*bagi RM100 pun tak sanggup oiii. Silap haribulan boleh terburai isi perut ni. hahahah. Ia selayaknya untuk orang yang betul-betul kuat semangat je.

The Smurfs Theatre & Partyland

Bila dah lepas pening lalat tu, bolehlah korang ke The Smurfs Theatre & Partyland. Kat sini korang boleh buat banyak aktiviti, seperti masuk rumah Smurft, The Smurfs Theatre dan pelbagai aktiviti untuk anak kecil.


Waktu untuk The Smurfs Theatre adalah 11:45 am, 12:45 pm, 02:45 pm, 03:45 pm, 06:45 pm, 07:45 pm, dan 08:45 pm.

bergambar dengan karakter Smurf

Kalau ada rezeki, korang boleh bergambar dengan karakter Smurf tau. Tapi ada waktu Smurf's Meet and Greet ni ada masa tertentu,  iaitu setiap 20 minit sekali. Kalau nakkan kepastian kena rujuk pada staf mereka. Amacam, comel kan diorang ni.


1.1.3 LIVE ACTION ZONE


Sebelah kanan Animation Square pula ada Live Action Zone. Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan aksi lasak.  Live Action Zone adalah zon pertunjukan aksi Stunt yang pertama di Asia Tenggara (Stunt Legends Arena). Persembahan gimik yang hebat secara lansung dari anak-anak muda yang memandu kereta dan motosikal pasti membuatkan korang teruja habis. Apa yang saya boleh katakan ianya memang superb dan hebat giler.



Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa ada dari mereka merupakan anak melayu kita. Masa persembahan adalah 02:30pm dan 04:30pm. Korang boleh rujuk jadual persembahan mereka sebelum masuk ke sini.


1.1.4 FANTASY FOREST ZONE


Di hadapan Stunt Legends Arena pula terdapat zon yang sesuai untuk kanak-kanak. *zon ni bukan untuk budak-budak je tau, ada juga sebahgiannya sesuai untuk orang dewasa. Kat sini ada pelbagai permainan yang tidak terlalu ekstrem dan juga pelbagai attraction seperti Zugo's Crystal Quest, Upside Down Pyramid, Fantasy Carousel, Coliseum Water Play, Red Baron dan banyak lagi.





Apa yang saya boleh katakan, zon ni membawa kita ke lokasi beberapa buah negara dengan replika yang cukup kemas dan cantik. Ada juga tempat permainan yang berhawa dingin di Coral Kingdom yang sesuai untuk kanak-kanak kecil.

Disini juga ada beberapa persembahan lansung pada masa tertentu. Ianya seperti Forest Fairy (12:00 pm & 03:00 pm), Fire Show (01:30 pm), dan Umbongo Dance (04:15 pm).


1.1.5 DREAM ZONE


Semasa kami ke sini, zon ni masih belum dibuka dan masih menunggu surat pentauliahan dari pihak berwajib. Apa yang dapat saya citer, kami hanya mampu memandang dari luar kami sahaja tarikan yang sudah hampir siap sepenuhnya. Walaupun hanya dari luar, ianya sudah cukup mengujakan saya dan kawan-kawan. *tak sabar nak tunggu

Megamind Megadrop Tower


Antara tarikan yang bakal ada di zon ini adalah seperti Megamind, The Croods Crazy Chase dan macam-macam lagi. Megamind Megadrop Tower ni dikatakan paling tinggi di Malaysia dan pastinya lebih lasak. *amacam!! menarik bukan ?? Bagi korang yang nak tahu harga tiket ke sini, korang boleh rujuk di laman sesawang mereka.


Harga Tiket Masuk MAPS Perak :

Maklumat Lanjut Rujuk Disini :


Share:

9 comments:

  1. Wah menarik! Tak sabar nak pergi ke sini lagi. Nak naik menara tinggi tu

    ReplyDelete
  2. Sungguh menarik ni, ada kartun smurf pulak tu

    ReplyDelete
  3. macam besttt je minggu depan nak gi perak,jap nak gosok tok laki kot2 nak singgah hahahhahaa

    ReplyDelete
  4. macam2 attractions jugak tu

    ReplyDelete
  5. alaaa bestnya dah sampai... jom pergi lagi wak. bawak kita...

    ReplyDelete
  6. wah seronoknya admin. salam kenal tuan/.

    ReplyDelete
  7. bestnya.. memang teringin sangat nak ke sini. tapi nak kena tunggu time ada promo lah kut

    ReplyDelete
  8. nampak best..macam2 ada..tunggu keluar anak kedua baru boleh jalan

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive