Penampilan Khas 5 Artis Popular | Konsert Stanza Cinta Di Istana Budaya


Penampilan Khas 5 Artis Popular | Konsert Stanza Cinta | Buat kali ke 2, MY berpeluang lagi ke Istana Budaya untuk menyaksikan Konsert Stanza Cinta. Konsert ini merupakan  kolaborasi Hebat Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Istana Budaya.

Konsert ini akan berlansung selama 2 hari iaitu bermula pada 4 April sehingga 5 April 2014 di Istana Budaya. Untuk pengetahuan korang Konsert Stanza Cinta ini telah diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan, dibawah arahan Mustafa Fuzer.

Suasana pentas di dalam Panggung Sari Istana Budaya yang mampu membuatkan penonton ternganga. *teruja tengok sampai tak nak kelip-kelip mata ni ahahaha. Memang cantik.

Konsert Stanza Cinta ini telah menampilkan 5 orang artis popular di Malaysia iaitu Amy Search, Noh Hujan , Haziq AF4, Jacklyn Victor dan Adira.

Dengan penampilan hebat otai rock tanah air iaitu Amy Search memang best. Amy Search menyampaikan 3 buah lagu iaitu Isabella, Gadis Ku, dan Tiada Lagi. * wowo naik bulu roma huhu
Semalam Adira juga telah mendedangkan 3 buah lagu iaitu, Dewi Cinta, Ku Ada Kamu juga, lagu Cinta, duet bersama Jacklyn Victor. *best suara Adira  makin power dia sekarang, lagipun banyak dapat jemputan konsert-konsert. terbaiklah Adira

Semalam riuh satu Panggung Sari bila mc mengumumkan Haji Noh Salleh untuk membuat persembahan hehhehe. *ha'ah kan dia dah ada Haji dah huhu. Semalam Noh menyampaikan lagu kotak Hati, Bila Aku Sudah Tiada, dan Angin Kencang. *boleh tahan gak lagu Angin Kencang nie, first time dengar. erkkkkk kbai.

Haziq telah menyampaikan sebuah lagu duet bersama Sukena Md Ariff yang bertajuk Juwita Ku Sayang. *Serius MY suka suara Haziq ni. Sejak dari dulu lagi sangat teruja bila dengar suara dia, boleh jadi pengganti Ahmad jais.

Manakala Jacklyn Victor pula menyampaikan lagu bersama Kamu, I Will Always Love You, dan Jagalah diri untuk Konsert Stanza Cinta nie.

Akhir sekali konsert di tutup dengan lagu Raikan Cinta yang di nyanyikan oleh Fazli Awang dan semua artis. Apapon, jom ramai-ramai memeriahkan Konsert Stanza Cinta.

Post a Comment

6 Comments

  1. Bukan calang-calang suara tu.,.

    ReplyDelete
  2. seronok la.. otai amy search yang best tu..

    ReplyDelete
  3. perh memang mantap artis2 yang buat persembahan..
    bertuah badan ya bro.. bleh tgok live :P

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..bro MY,

    best lah artis2.. terkenal tanahair buat konsert.. haziq.. suara lemak2 merdu,

    mselim3

    ReplyDelete