travel, food and lifestyle blog

Saturday, March 01, 2014

Air Kelapa Ubat Penyakit Misteri | Kebaikan Air Kelapa Yang Perlu Korang Tahu

Air Kelapa
Air Kelapa Ubat Penyakit Misteri  | Kebaikan Air Kelapa Yang Perlu Korang Tahu Air kelapa, bagi MY merupakan satu anugerah daripada Allah kerana ia sangat menyegarkan dan berkhasiat untuk tubuh badan serta meremajakan badan dan kulit anda dari luar dan dalam.

Kalau korang semua nak tahu, pada waktu MY  baru lahir dulu, Allah telah jadikan Air Kelapa ni untuk menyembuhkan satu penyakit misteri yang MY  hidap. Kalau diikutkan cerita Mak MY . Dulu MY  ni dah seakan-akan mayat hidup. Tapi Alhamdulillah berkat usaha dan doa kedua ibu bapa MY , Allah telah jadikan air kelapa sebagai penawar penyakit tersebut. * Subhanallah

Gerai air kelapa kat Sungai Chua Kajang.
Jadi sehingga sekarang MY  gemar meminum air kelapa, tambah pula bila dijadikan coconut shake [klik] .

Sebenarnya banyak lagi manfaat air kelapa ni kalau korang nak tahu. Tak mustahillah jika ia mahal dan airnya  boleh mencecah sehingga RM3.50 untuk sebiji kelapa. 

Di sini, MY  nak  kongsikan beberapa manfaat air kelapa dengan korang:

Agen anti-penuaan
Air kelapa mengandungi bahan dan antioksidan tertentu yang mana membantu untuk melawan radikal beba, sekaligus, melambatkan proses penuaan serta membantu meningkatkan sistem imun badan anda lantas melindungi anda daripada pelbagai penyakit. 

Tingkatkan metabolisme anda dan meningkatkan penghadaman
Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, sekali gus membantu badan anda untuk membakar lemak banyak yang lebih cepat. Tambahan lagi, jika anda mempunyai masalah dengan pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid. 

Hidrat dan meremajakan badan anda
Air kelapa mengandungi 94% air dan sebenarnya, sangat rendah kalori. Bebas lemak dan rendah gula, air kelapa juga boleh hidrat sistem anda menyediakan anda dengan vitamin, kalium, enzim dan asid amino.

Membantu penurunan berat badan yang sihat
Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda dan meningkatkan metabolisme anda, tetapi ia juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yang tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat dan sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat.

Menyingkirkan toksin daripada badan
Air kelapa sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman anda. Ini kerana ia membantu untuk membersihkan badan anda daripada toksin dan mengurangkan keletihan. 

Kaya dengan sumber vitamin dan nutrien
Air kelapa adalah sumber yang sangat baik dan semula jadi vitamin dan nutrien kerana ia mengandungi kalsium, zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink , Vitamin C dan Vitamin B. 

Bermanfaat untuk otot dan sistem saraf
Air kelapa membantu untuk mengelakkan kekejangan di otot dan membantu untuk meningkatkan fungsi sistem saraf anda. 

Bagus untuk kulit
Air kelapa juga bermanfaat untuk kecantikan kulit anda. Bukan sahaja untuk diminum, tetapi anda juga boleh menggunakannya pada kulit anda. Ia membantu untuk melembapkan kulit anda, membantu untuk mengurangkan jerawat dan jeragat. Sebenarnya, kebanyakan produk kosmetik dan krim muka juga mengandungi ekstrak kelapa kerana keberkesanannya.

Sumber Info : my.news.yahoo.com [klik]

Jadi kalau rasa nak awet muda, tak perlu ambil risiko beli produk mahal-mahal. Satu kurniaan Allah yang cukup menakjubkan ini sudah cukup. * Insyaallah.

p/s: Orang pun ada kaya yang air kelapa ni boleh neutralkan racun. 

Share:

7 comments:

  1. minum air kepala memang sedap.. tapi orang kata kalau makan ubat tak boleh minut air kelapa ..

    banyak rupanya manfaat air kelapa.. nice sharing

    ReplyDelete
  2. betol tu bro, dgr kata nnti dia akan neutralkan ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dengar air kelapa akan neutral ubat.

      Delete
  3. oh ye ke? biasa aku minum air nyor jek.. ahahah

    ReplyDelete
  4. tak sangka banyak khasiatnya air ni. time panas sekarang ni, dapat minum air kelapa mesti best kan

    ReplyDelete
  5. panas-panas minum air kelapa sedapp oo..lagi sedap isi dia

    ReplyDelete
  6. Saya suka minum air kelapa seggar. Kalau ambil ubat tidak boleh ambil air kelapa nanti ubat yang diambil tidak berkesan.

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive