travel, food and lifestyle blog

Saturday, March 01, 2014

Tempat Percutian Menarik Musim Cuti Sekolah | Tempat Percutian Di Malaysia



Tempat Percutian Menarik Musim Cuti Sekolah | Apa yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak bila tibanya musim cuti persekolahan? * dah tentu tak lain tak bukan dapat keluar berhibur. Jadi ibu bapa harus mengambil berat tentang hal ini. Ini juga peluang sebaiknya untuk Ibubapa mengambil masa untuk bersama-sama anak . *bila lagi masa sesuai? ini kali lah.

Tertarik dengan beberapa artikel mengenai tempat popular di musim sekolah di Virtual Malaysia [klik] menarik minat MY untuk turut menulis tentang tempat menarik untuk kita kunjungi pada musim sekolah. 

Jadi ada beberapa tempat yang MY pernah lawati dan ingin berkongsi dengan kalian:

Semporna , Sabah
Jika mempunyai bajet yang lebih, MY recommand kat korang untuk ke Semporna, Sabah. Untuk pengetahuan korang, daerah Semporna ni merupakan daerah yang sibuk menerima kedatangan pelancong setiap hari. Sebab utamanya adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Oleh sebab itu, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, 'snorkeling', berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan


Muzium Patung Lilin I-City
Percutian mesti bermakna jika kita, ke i-City Shah Alam. Alami pengalaman berjumpa dengan beberapa tokoh dan pelakon terkenal dunia di "Red Carpet Wax Museum". * wow sangat mengujakan. Bukan sekadar itu sahaja, i-City Shah Alam menjanjikan banyak tempat menarik untuk anda lawati. Seperti Water World I-City, Snowalk, Trick Art Museum, Rumah Hantu, dan macam-macam lagi.*ha amacam menarik tak?.


Ada banyak lagi tempat menarik yang MY nak kongsikan dengan korang untuk destinasi pilihan cuti sekolah. Tapi kena tunggu untuk next entrylah. Kalau nak lagi banyak pilihan korang boleh layari website Virtual Malaysia [klik] . *Serius macam-macam ado.


Share:

6 comments:

  1. I-city wax muzium....kan kena bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp masih dibuka bro, sbb hanya beberapa patung saja yg terbakar

      Delete
  2. tak penah pergi lagi muzium dekat i city..hehee

    ReplyDelete
  3. ika baru je pegi yg street art tu .

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive