[LUAR NEGARA] Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Hodoh

[LUAR NEGARA] Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Hodoh | Gara-gara wajah anak-anak diorang hodoh tak comel, isteri pulak kena dipersalahkan dan siap nak saman pulak tu, hmmmm. Apakah semua nie? Makin pelik pulak kalau nak fikir tentang sikap-sikap manusia kat muka bumi nie. Nasib baik la ukan berlaku kat Malaysia kan. Hmmm. 

BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.
Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.

Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR. 

Sumber : SinarHarian 9/11/13

Post a Comment

9 Comments

  1. tulah nak cantik sangat sanggup bedah sane sini...tp anak2 kan tetap mewaris genetik tu...bile dh camni sape yg susah...diri sedri jugak kan? kan? kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kan, dia ingat cantik tu sampai ke mati ke apa huhu

      Delete
  2. eleh...
    pdahal c lelaki tu pn ade bt pmbedahan plstik gk tu..
    xkn sume gntik ikt emakny je...
    ad0i~

    ReplyDelete
  3. apa susaah. anak-ll buat la jugak plastic surgery. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kan dah banyak duit sangat, buat jela

      Delete
  4. huhu nak cntik, anak2 plak jd mangsa lpas nie

    ReplyDelete
  5. macam2.. hodoh tang mana pun aku tak tahu.. huhu

    ReplyDelete