[UMUM] Hari Raya Haji Di Perantauan | Hari Raya Aidiladha 1434H


[UMUM] Hari Raya Haji Di Perantauan | Hari Raya Aidiladha 1434H | Raya Haji atau pun ada yang memanggil sebagai Hari Kaya Korban pada tahun ni jatuh pada hari Selasa, 15 Oktober 2013 / 10 Zulhijjah 1434H. Oleh kerana masa dan ketika yang tidak begitu cun ,tambah pulak wa baru je bekerja ditempat baru, memang tak boleh cuti la kan. So, tahun ni sekadar beraya diperantauan. Oh beraya ke?? huhu.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah._ Daripada Wikipedia

Apapon Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. :)

.

Post a Comment

4 Comments

  1. jemput mai rumah aku.. aku ada goreng nugget ni.. heheh


    Salam AidilAdha.

    raikan dengan penuh rasa syukur. :)

    ReplyDelete
  2. dapat ilmu yg berguna kt sini :)

    ReplyDelete