Tidak Semua Orang Mampu Mengutus Kad Raya | Kad Raya 2013

Tidak Semua Orang Mampu Mengutus Kad Raya | Kad Raya 2013 | Terima kasih atas kesudian mereka mengutus Kad Raya buat wa, walaupun semua sudah sedia maklum yang dunia moden pada masa kini lebih memberi kita kelebihan untuk mengutuskan Salam Raya selain dari mengutus Kad.

Bagi sesetengah orang sekarang, mengutus Salam Raya melalui Kad Raya sudah tidak relevent lagi. Dalam bahasa senang bagi mereka cara ni adalah dah ketinggalan zaman. Huhu. Kenapa mesti begitu kan. Tapi bagi wa, melalui cara ni rasa lebih dihargai ini kerana bagi wa bukan semua orang mampu mengutus Kad Raya pada zaman sekarang ni kan. huhu.

Tapi ini tak bermakna wa memperlekeh kan ucapan salam raya dari sesiapa kepada wa yang hanya di utus melalui text sms , whatsapps or wechat dan facebook, sepertimana yang mana sememangnya sangat popular pada masa kini. Ia tetap wa hargai.

Apapon thank you kepada yang ingat dan bersusah payah utus Kad Raya kat wa. Thanks juga teman-teman yang ucap Selamat Hari Raya kat sms , whatsapps, wechat mahupun facebook. Bagi mereka yang dah bagi kad raya kat wa tu, nantikan kad raya balas dari wa ye. 


Post a Comment

2 Comments

  1. Memang jarang sekarang orang nak mngutus kad raya...
    kalau bukan kita yang mempertahankan adat mengutus kad siapa lagi..hihihi...
    so apa lagi...kena bertindak sebelum pupus..banyak dapat kad raya tu...:)

    ReplyDelete