PENDERMA HATI BERDARAH AB DIPERLUKAN | DOA & HATI BUAT MUHAMMAD SYAKIR AMSYAR

PENDERMA HATI BERDARAH AB DIPERLUKAN | DOA & HATI  BUAT MUHAMMAD SYAKIR AMSYAR | Salam sahabat semua. Salam Ramadhan, di hari Jumaat penuh barakah..

DOA & HATI 
BUAT MUHAMMAD SYAKIR AMSYAR

Perkabaran dari ibu kepada Adik Muhammad Syakir Amsyar, anak kecil yang menghidapi penyakit BENGKAK HATI yang menyatakan keadaan adik syakir semakin kurang baik.

Dilampirkan adalah gambar terbaru adik syakir kiriman ibunya semalam. Perut Adik syakir semakin membesar saiznya dan semakin tegang...Keadaan ini telah mengundang ketidakselesaan buat adik syakir dan menyebabkannya semakin kerap menangis menahan kesakitan dan sukar untuk tidur.

Justeru itu, dengan rasa rendah diri, kami di KSI merayu kepada semua sahabat untuk MENDOAKAN KESIHATAN ADIK SYAKIR agar dikurangkan kesakitan yang ditanggung olehnya...dan jika ada PENDERMA HATI yang sudi mendermakan HATInya buat syakir untuk memaklumkan kepada admin KSI ataupun terus menghubungi keluarga adik syakir..

PENDERMA HATI BERDARAH AB sahaja sesuai untuk adik Syakir..

Smoga doa2 kte semua di bulan yang mulia ini di perkenankan olehNya dan Adik Syakir menemui penderma hati yang sesuai untuk terus hidup sehat disamping keluarga tersayang...

Aamin...Inn Syaa Allah

Sebarang maklumat boleh berhubung secara terus dengan keluarga Adik Syakir:

Ibu Adik Syakir : Hafezaz bt Zakaria ( HP : 013 - 961 1876)
Ayah Adik Syakir : Azrolhisham Bin Abdullah (HP : 019 - 975 9410)

Terima kasih ats semua doa dan sokongan sahabat semua...Smoga Allah memberikan RahmatNya kepada kita semua...Aamin..

Mohon SHARE 

.

Post a Comment

1 Comments

  1. semga keluarga adik syakir tabah menjalani dugaan...
    semoga cepat sembuh nanti....

    ReplyDelete