travel, food and lifestyle blog

Thursday, August 01, 2013

Berbuka Puasa Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari | IFTAR TAJAAN LAVA GRILL BURGER, SERI KEMBANGAN

Berbuka Puasa Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari | IFTAR TAJAAN LAVA GRILL BURGER, SERI KEMBANGAN | BerKumpul di Dataran Masjid Putra di Putrajaya seawal 6.30 petang. Sambil klik..klik..klik ambil gambar sendiri ahhahhaa.



Sampailah azan magrib berkumandang, terus kami ke dalam Masjid untuk berbuka ringan-ringan sebelum menunaikan solat Magrib berjemaah. Ye la sekadar ringan-ringan je dulu kan. Memandangkan lepasni Juadah berbuka puasa kami ditaja oleh LAVA GRILL BURGER. Huh. Berbuka dengan burger bakar lah malam ni.  

--------------------------

LAVA GRILL BURGER (FIRST MALAYSIAN HOMEMADE BURGER BAKAR BANJIR) mula beroperasi pada May 2012. Mereka memulakan cawangan pertama berhampiran dengan Kampus UPM Serdang. 

LAVA GRILL BURGER menjual dan menyajikan Homemade Burger Bakar Banjir dan dijamin 100% HALALAN TOYYIBAN.

LAVA GRILL BURGER membuat & menyediakan sendiri daging Ayam yg diperap, Patty Lembu, Sos Cili, Sos Black Pepper, Sos Cheezy & Mayonis dengan adunan rempah rahsia hasil olahan kami.

Dengan motto "ALANG-ALANG MAKAN BIAR PUAS" kami pasti anda akan puashati dengan citarasa Homemade Burger Bakar Banjir keluaran LAVA GRILL BURGER

Harga Homemade Burger Bakar Banjir adalah serendah RM7.00 untuk Daging & RM7.50 untuk Ayam. Berat patty yang dibuat oleh LAVA GRILL BURGER ianggarkan sekitar 165 gram - 175 gram. Anda pasti puas dengan ketebalan, keenakan dan kelazatan Homemade Burger Bakar keluaran LAVA GRILL BURGER.

--------------------------

Lepas je magrib kami terus konvoi menghala ke UPM, Serdang. Nak pergi mana kan? Of course la nak p makan burger bakar. hehehe. LAVA GRILL BURGER

Sampai-sampai je meja dah tersusun rapi untuk kami seramai 20 orang. Pastu terus dihidang dengan Roti John Banjir LAVA GRILL . Pergh meleleh habaq hang.

Belum sempat habis merasai kenikmatan roti Jhon dia sampai la pulak Kepak Ayam LAVA GRILL. Memang menjilat jari la. wa rembat makan habis-habisan. ahhaaha (gelak kejam).


Lepas tu sampai la Nasi Putih, Kari Ikan LAVA GRILL. Toooo dio eh. 



Ha part air ni wa memang suka. Simple sweet and sour gitu. Jus Kedondong LAVA GRILL


Habis makan nasi dengan kari ikan, lepak-lepak tengok diorang dok tengah buat persiapan masak BURGER BAKAR untuk kami.


Ha nila tukang masak nya. Eh silap, tukang makan. huhu. QasehYantyMk Syahir and me.


Huh hambik ko sampai bertingkek-tingkek dio bagi


Meleleh lagi habag hang. Eh eh tetiba cakap utara pulak . ahahhaha. Maklum la dah kena dengan Kari Ikan ala Penang tadi kan.


Tengok Qhaliff Iman pun teruja tengok tingginya Burger Bakar tu. Nak letew kan. ahhaahha


Okay, sorang dapat satu je, jangan ngade-ngade nak banyak-banyak. Eh eh mana roti atas? sapa curi hilang ni?


Ha ada pun kan.


Tengok si MK SYAHIR dan si SHAWN ni.Kemahin lagi diorang ahahhaaha


Geng-geng kak kiah pun ada ahhaahaha. Mierza, Kaksu, Abang Eddy and Qaseh.


Ha ni memang tak di jangka, bekas felo wa dulu kat kolej 10. En. Ahsan. huh blogger otai rupanya.


Ni pulak Nizam Ijam dan Faizal Fredley. Dua-dua famous habaq hang.


Ha ni kesemua blogger-blogger yang hadir. Tapi dok sibuk-sibuk bergambar , duduk sambil memegang perut yang kenyang.. teng teng teng


Tooo diooo eh, ada lagi. Lamb Chop LAVA GRILL . Perut wa dah kata Tidak..tidak..tidak.. Tapi teringin nak cuba. Tapi wa ni bukan jenis yang suka makan daging kambing. 


Pergh kenyang lentok. Apapon terima kasih kepada LAVA GRILL BURGER, SERI KEMBANGAN, Kerana sudi menaja juadah berbuka kami. Antara lain yang hadir +Que Achmad Najeeb  dan of course la Ben Ashaari

NO.15-1, JALAN 18/33A,
TAMAN SRI SERDANG,
43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR.
HP: 017-2520031 (RAZMAN)

LANDMARK: BERHAMPIRAN BALAI POLIS SERDANG BERHADAPAN DENGAN PUSAT PAKAIAN HARI-HARI SERDANG

WAKTU OPERASI: 
12.30PM - 12.30AM (ISNIN - KHAMIS)
2.30PM - 12.30AM (JUMAAT - AHAD)

GPS Coordinate:
3.008763, 101.714557
+3° 0' 31.55", +101° 42' 52.41"

Google Maps: 
https://maps.google.com.my/maps/place?ftid=0x0%3A0x0&q=3.004772%2C101.717072&hl=en&t=h&ei=xoCqT6m1COSjiAfD25HFBA&dtab=2

Kredit Pic to Yanty and Qaseh
.
Share:

5 comments:

  1. terbaik dan buat aku terliur

    ReplyDelete
  2. hambOihhhh~ tergugat iman teman nih sat~
    eh eh, terikot plak loghat utara~ haha~

    ReplyDelete
  3. suke yg last tu...
    lamb chop my fevret!!!

    ReplyDelete
  4. burger yg tingkat2 tu.... hang mkn yg tingkat berapa bro.....? he3

    ReplyDelete
  5. sedapnya... arrrgggghhhhhhhh lapau-lapau

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive