Harga Sepasang Baju Melayu Raya RM 25 | Baju Melayu Super Murah

Harga Sepasang Baju Melayu Raya RM 25 | Baju Melayu Super Murah | Memandangkan harga baju melayu kat Alamanda memang super mahal. Memang tak berbaju melayu baru la wa tahun ni. Genap 3 tahun la wa tak berbaju melayu baru. Tapi tu tak memberikan apa-apa erti pun untuk wa. Cukup dapat bersama keluarga dan ibuayah tercinta sudah memadai buat wa.

Cerita pasal baju Melayu ni! kenapa sekarang harga begitu menteri sangat? Huh. Tapi wa sempat jugak merasakan suasana shopping raya dengan +MK Syahir dan +Shawn Razaleigh  aritu kat Jalan TAR. Pergh memang meriah dihari raya la .kikiki. Selain dari tu, wa juga sempat bershopping raya kat kampung halaman wa kat Kelantan dengan mak dan abang wa. Saja follow diorang menyesakkan keadaan yang dah tentu nya sesak. huhuhu. Tapi ada sesuatu yang wat gua terkejut beruk. nak tahu apa?

Nampak tak? Baju Melayu sepasang weii RM 25!! memang bukan pattern baju baru tahun ni. Ni pattern yang lepas-lepas punya. Nak habiskan stok tahun lepas gamaknya. Kain lebih kurang je kualiti. Kualiti ok. Huh berpeluh wa tengok. Rasanya berbaloi je beli yang ni kalau nak buat beraya. Jangan dok sembang kata nak baju yang tahan lama la. Macam nak pakai hari-hari kan.  Kalau beli mahal-mahal pun nak pakai sekejap jekan, tahun depan kompom nak cari baju raya lain pula kan.

Huh tak habis-habis wa dengan isu baju raya ni kan ngeee. Apapon Hari Raya kat Malaysia ni sebulan lamanya. huhu. So pandai-pandai la bawa diri ye. kikiki.




Post a Comment

1 Comments

  1. hehehe...kene bijak berbelanja la lepas ni...kalau baju kurung pun lebih kurang gak ..kadang2 ada yg stok lama saja di letak diluar kedai dan jual 3 pasang seratus.. kira nak abiskan stok la kan...hehehe... masing2 dgn strategik masing2 utk lariskan jualan mereka...

    selamat hari raya aidilfitri... ada masa singgah la ke blog ayu ye...ayu ada buat segmen kunjung mengunjung...di hari raya ini...hehe

    ReplyDelete