travel, food and lifestyle blog

Tuesday, August 13, 2013

Bintang-bintang Itu Punca Rejaman Terhadap Syaitan-syaitan | Fenomena Pancuran Meteor Perseid

Bintang-bintang Itu Punca Rejaman Terhadap Syaitan-syaitan | Fenomena Pancuran Meteor Perseid | Betul ker semalam ada Pancuran Meteor Perseid? Heboh jugak la kat Facebook kan. Wa pulak jakun tak tahu apa-apa. huhu.  Tapi apa yang special sangat sebenarnya tentang Pancuran Meteor Perseid ni? Dengar kata ramai yang menunggu untuk menyaksikan keindahan Pancuran Meteor Perseid ni. Indah ker? kang jatuh atas kepala kang tak indah sangat la rupanya ye. hahahaha. Tapi memang indah dan cantik. Langit akan dihiasi oleh cahaya-cahaya meteor yang semestinya terlalu indah untuk disaksikan.


"Hujan meteor Perseid adalah fenomena alam yang berupa hujan meteor yang berlaku setiap tahun. Hujan meteor ini terjadi bermula dari pertengahan bulan Julai, dan mencapai kemuncaknya pada tarikh 12-14 Ogos.
Nama Perseids berasal dari nama Rasi bintang Perseus kerana hujan meteor ini seolah-olah berasal dari arah Rasi Bintang Parseus. Kelajuan meteor tersebut kira-kira 60 kilometer per jam, dan mempunyai kilatan meteor yang terang dengan cahaya yang panjang.
Meteor Perseid tersebut berasal dari serpihan debu ekor komet 109P/Swift-Tuttle yang masuk ke atmosfera Bumi. Komet tersebut ditemukan pertama kali pada tahun 1862 itu mengelilingi Matahari setiap 130 tahun sekali. Setiap pertengahan bulan Ogos, Bumi melintasi orbitnya yang mengandungi sisa-sisa ekornya yang ditinggalkan." Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas


Tapi apa sahaja yang berlaku semestinya ada hikmah disebaliknya kan. Termasuk jugalah fenomena Pancuran Meteor Perseid ni. Kenapa wa cakap macam tu ye. Ha ni nak citer. 

Perhatikan dalam surah AL-MULK ayat 5, ia mungkin secara tak langsung menjelaskan sedikit fenomena ini;


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang._ Al-Mulk ,ayat 5

FENOMENA pancuran meteor kelihatan di ruang udara Sieversdorf, timur Jerman, malam tadi. Kemuncak hujan meteor dikenali Perseid berlaku bermula malam tadi. Fenomena ini dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini sehingga subuh Selasa, 13 Ogos. FOTO AF_myMetro


Adalah tidak mustahil, jika fenomena Pancuran Meteor ini adalah antara tanda bagaimana Allah menunjukkan kekuasaannya merejam Syaitan yang dilaknat. Maha suci Allah yang menciptakan segala sesuatu itu, pasti ada pengajarannya jika manusia itu mahu berfikir.

Sepertimana yang kita tahu. Dimana jin-jin dipanah ketika hendak intai catatan qada & qadar Allah di Luh Mahfuz. 

Subhanallah. Wallahu'alam













Share:

3 comments:

  1. Ada dengar sorang ustaz kaji Falak bgtahu, syaitan naik ke langit untuk mengetahui Qada' dan Qadar ditulis, kemudian Allah memerintahkan para malaikat merejam syaitan..

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive