travel, food and lifestyle blog

Friday, July 12, 2013

Pastikan Logo Halal Malaysia Sebenar | LOGO HALAL MALAYSIA

Pastikan Logo Halal Malaysia Sebenar | LOGO HALAL MALAYSIA | Sebagai seorang Muslim yang tentunya menginginkan keredhaan Ilahi marilah sama-sama kita jauhkan diri dan keluarga daripada mengambil makanan yang Haram. Haram yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi daripada mana datangnya rezeki kita, tapi apakah daging ataupun makanan tersebut.
Sesuatu yang haram di katakan Halal. Amat mudah untuk memperdaya mereka yang tidak elert tentang kepentingan LOGO HALAL. Asal ada aja LOGO HALAL kita terus ambil dan beli, sedarkah korang? Banyak produk-poduk khususnya makanan kat pasaran Malaysia kita ni merupakan LOGO HALAL palsu.

Jadi Bagaimana rupa LOGO HALAL Malaysia yang sebenar?
Sumber : Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah.'s Page
Memakan rezeki daripada sumber halal memberi kesan positif dalam kehidupan seseorang. 

Hal ini diungkapkan Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya bermaksud:
 “Barang siapa memakan makanan halal selama empat puluh hari, nescaya Allah akan menyinari hatinya dan mengalirkan sumber kebijaksanaan dari hatinya ke lidahnya.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim). 
Sementara bagi mereka yang makan makanan daripada sumber rezeki haram, Ibnu Abbas berkata,

 “Allah tidak menerima solat seseorang yang dalam perutnya terdapat makanan haram.” 

Islam menekankan perkara ini bersandarkan wahyu dan sunnah, seharusnya ia membuka hati Muslim supaya makan makanan halal daripada sumber rezeki halal. 

Jadi lepas ni kalau nak membeli sesuatu, khususnya makanan Pastikan Logo Halal Malaysia Sebenar yang mereka gunakan.

Share:

2 comments:

  1. betul mawardi...yg sah cuma satu...... yg lain palsu.....

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive