[PERIBADI] Siapakah Perempuan Bisu Itu? | Kisah Pelik

[PERIBADI] Siapakah Perempuan Bisu Itu? | Kisah Pelik | Lagi kisah pelik yang pernah terjadi ke atas wa, peristiwa ni dah setahun lebih berlaku. Kalau tak silap wa waktu buka sem pertama wa di tahun akhir masa ambil degree dulu. Waktu tu wa baru balik dari cuti semester, dari kampung ke Hentian Putra Kuala Lumpur. Dan terpaksa menaiki komuter pula untuk ke Serdang .

Sampai je di hentian KTM Serdang, membuat kan perut wa rasa lapar yang amat disebabkan semalaman tak sentuh makanan. So aku buat keputusan untuk makan dulu sebelum bertolak balik ke hostel ( Kolej 10 UPM ). Jam menunjukkan tepat 7.30 pagi. So terpaksalah aku breakfast sorang-sorang kan. Aku terus menuju ke seberang ke Restoran Mamak ( Maulana ). Tempat biasa wa lepak-lepak dengan kawan-kawan kalau ke Mines Shopping Complex. Malas nak masuk dalam, so wa ambil keputusan duduk di meja kt luar je.

Habis order dan makanan pun sampai, tapi mata aku tak lepas memerhatikan seorang makcik ni, dia bisu, kat tangan dia hanya ada sebungkus air teh . Duduk dekat tiang berdekatan mamak sedang bungkus nasik lemak. tetiba rasa sedih. Dan lepas beberapa minit dia membawa diri dari tempat tu, sempat gak wa lemparkan senyuman kat dia. Dan senyuman wa di balas dengan senyuman yang penuh dengan masalah. "I don't know how to say ha".

Selepas je dia berlalu tak sampai seminit, tetiba wa rasa macam ada orang je kat belakang wa. Cuba toleh, makcik tu sedang berdiri di belakang. Agak terkejut gak. Nasib baik sempat cover. Dia cuba menyampaikan sesuatu dengan bahasa isyaratnya. Wa cuba untuk memahami setiap isyarat yang beliau berikan. Ternyata, dia lapar dan belum makan. Dia meminta wa supaya belanja dia nasi. 
Dengan hati terbuka wa terus panggil mamak tu, dan suh dia pergi order makanan yang dia nak. Mamak tu datang tempat gua dan bertanya. "Betul ke awak bayar untuk dia?" dan wa hanya angguk tanda setuju, tak tahu nak kata apa-apa. Makcik tu menyuruh mamak membungkus nasi lemak ayam untuk dia. Ternyata raut wajah yang sebelum ni wa tengok penuh dengan masalah, berubah kepada keceriaan. 

Alhamdulillah. Seronok rasa hati ni dapat tolong beliau walaupun sekecil itu. Selepas semuanya selepasi dia datang kearah wa dan memberi isyarat terima kasih. Wa faham, wa senyum tanda balas. Ternyata dia sangat gembira. Lalu dia membawa diri. Tidak sampai beberapa saat wa cuba toleh ke belakang berharap dapat melihat beliau. Huh. mana beliau pergi? tidak kelihatan siapa-siapa. Musykil wa dibuatnya. macam-macam persoalan timbul. Makcik tu seorang atlit lari pecut kah? mustahil begitu pantas dia leh hilang dari pandangan.!!! Hmm sampai skang jugaklah masih terfikir-fikir siapa sebenarnya wanita bisu tu? 

Adakah Allah sedang menguji aku? Apakah yang Engkau cuba sampaikan untuk ku?  Ya ALLAH, jika itu adalah  ujian Mu untukku, aku terima Ujian MU dengan hati yang terbuka dan ikhlas.  Sekadar perkongsian.
.

Post a Comment

12 Comments

  1. Huhu . Mamak tu nampak dia tak ? Kalau tak , Sah la tuu ..

    ReplyDelete
  2. bro apa apa pun kau dah buat benda yang baik. kadang ada orang tak ada belas kasihan sikit.

    ReplyDelete
  3. Tahniah..teruskan memberi ikut kemampuan kita

    ReplyDelete
  4. demo ore baik Di, pasnie ambo lapar mesti cari demo..kiki

    ReplyDelete
  5. subhanaAllah , kalau benda baik di lakukan jangan di bimbangkan :) teruskan sebarkn kebaikan

    ReplyDelete
  6. subhanaAllah, emm tak pelah lagipon buat kebaikan, walaupon siapa mak cik tu kan :) ada hikmah yang kita tak tahu

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH buat mawardi! Alhamdulillah. Moge jadi contoh kpd yg lain =)

    ReplyDelete
  8. susah nak jumpa orang baik macam awak ni zaman sekarang. teruskan!

    ReplyDelete
  9. akak pernah ada pengalaman yg sama macam ni....

    ReplyDelete
  10. Salam blogging boh .. Allhamdulilah ..

    ReplyDelete