travel, food and lifestyle blog

Monday, November 04, 2013

[INFO] Kelebihan Buah Pisang


Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. 

[INFO] Kelebihan Buah Pisang | Sila baca dengan teliti artikel ini kerana banyak info yang anda perlu tahu tentang buah yang bernama pisang ini. Silap-silap korang akan teruja bila mengetahui tentang kelebihan pisang nie.

ni pulak gambar pisang(bagi sesiapa yang tak kenal pisang :P ) foto_ www.bintang.com
Untuk pengetahuan semua pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan: (pulih tekanan jiwa)
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS: (neutralkan paras glukosa )
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia: (kawal pertumbuhan hemoglobin)
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi: (stabilkan darah)
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda: (membantu pembelajaran)
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:( stabilkan tindakan usus kecil dan besar)
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan: (menyejukkan perut)
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:(kesan anti-asid semulajadi)
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi: (pelihara kadar gula dalam darah)
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk: (atasi kegatalan gigitan)
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf: (menenangkan sistem saraf)
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja: (karbohidrat tinggi)
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser: (peneutral lebihan asid)
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu: (menurunkan suhu)
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD): (membaikpulih mood)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau: (membaikpulih kesan nikotin)
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres: (menormalkan degupan jantung)
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok: (mengurangkan risiko kematian )
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit: (menghilangkan pelbagai masalah kulit)
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!


Share:

19 comments:

  1. banyak kelebihan pisang ni..lagipun memang cepat kenyang makan buah ni :)

    ReplyDelete
  2. nasib baik aku suka pisang, sedap kot. dapat pisang emas lagi nyum nyum =D

    ReplyDelete
  3. wow nie baru buah pisang .. yg lain cm ne agknye :)thanks sharing !

    ReplyDelete
  4. note: heartburn translated to malay is pedih ulu hati...
    good info though...

    ReplyDelete
  5. Banyak jugak kelebihan nie...tapi aku makan pisang goreng je, kalo pisang segar aku tak makan...tak tau ar kenapa..haha

    ReplyDelete
  6. Exercise can help to avoid menopause weight gain and reduce other risks including osteoporosis, heart disease, and arthritis.
    If you weigh yourself everyday or every other day
    and see that you've gained weight, your motivation may go down and you'll be likely to give up.
    Nothing is more motivating than seeing physical proof of results.



    Review my webpage :: tlife.phoenixdesigns.za.net

    ReplyDelete
  7. pergh..byk kelebihan rupanya pisang ni..k nk masuk list menu la ni..:)

    ReplyDelete
  8. Banyak mujarabnya....
    Kilatkan kasut?...kena cuba ni

    ReplyDelete
  9. perghh!!! terbaikk wokk!!..pasni nak mkn pisang byk2 la..hiks! :)

    ReplyDelete
  10. banyaknya baik pisang ni. tp saya xmakan pisang sbb xreti. pisang yg digoreng je kita makan.

    ReplyDelete
  11. gila banyak khasiat pisang.. baru la nie gua tahu, ada jugak gua tahu tapi tak banyak macam lu senaraikan nie. Terbaik tak rugi gemar makan pisang :)

    ReplyDelete
  12. haha.hari2 makan pisang mmg ckup tok lawaskan balik isi dlm perut ni.hehe

    ReplyDelete
  13. boleh dapatkan di masjid2 berdekatan... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, td salah komen la plak....aduhai...muehehehehe

      Delete
  14. Banyak kelebihannya pisang ni..

    ReplyDelete
  15. amboi banyak komen tentang pisang...

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive