travel, food and lifestyle blog

Thursday, June 20, 2013

Proton Lancarkan Saga SV Pada Harga RM33,438 | Harga Dan Spesifikasi Proton Saga SV


Proton Lancarkan Saga SV Pada Harga RM33,438Harga Dan Spesifikasi Proton Saga SV | Memandangkan wa dalam proses mengambil lesen kereta ni, sempat jugak survay-survay kereta yang mampu milik kat Malaysia ni. Nampaknya PROTON Edar telah mengumumkan pelancaran kereta mampu milik iaitu Proton Saga SV dengan harga yang  berpatutan.

PROTON hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Harga Dan Spesifikasi Proton Saga SV

Proton Lancarkan Saga SV Pada Harga RM33,438 | Harga Dan Spesifikasi Proton Saga SV | Warna kereta proton saga | kereta murah malaysia | proton saga
www.bhauto.my

Varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara. Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock.

Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.

Model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888, menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini. Model ini merupakan variasi dari model Saga FLX dan fungsi keselamatannya hampir sama.

Harga untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic). Saga SV didatangkan dengan jaminan tiga tahun/100,000 km. Anda yang berminat sudah boleh melakukan tempahan mulai hari ini. – Sumber


Share:

6 comments:

  1. oloh,,,murahnyoooo..rugi bli keto awl awl...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Terbaik arrrr!!!

    #do visit me :)

    ReplyDelete
  3. tengah usha-usha jugak kete ni... memang murah r

    ReplyDelete
  4. not bad... huhuhu bagi sokongan moral kat org rumah eh hahahah kbai :P

    ReplyDelete
  5. Aku baru jer rembat Saga FLX bulan January..huhhhuhuhu..
    Murah tu..

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive