Pasar Siti Khadijah adalah Tanda Penghormatan Kepada Kaum Hawa di Kelantan

Pasar Siti Khadijah adalah Tanda Penghormatan Kepada Kaum Hawa di Kelantan | Jika ke Kelantan memang tak sah la jika tidak ke Pasar Siti Khadijah yang berada di bandar Kota Bharu. Kami Geng WhatsApp Putrajaya mengambil peluang sebelum meninggalkan Kelantan untuk pulang ke Putrajaya untuk membeli belah di sini. 

Satu tip untuk korang, waktu yang sesuai untuk pelancong ke Pasar Siti Khadijah ini adalah di hari terakhir berada di Kelantan iaitu selepas check out hotel atau penginapan. Dan di sini jangan mengharapkan resit pembelian ye. hehehe

Untuk pengetahuan korang nama Siti Khadijah diambil sempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas | Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.

Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .

Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.

Sempat jugak mereka memborong kain batik dan pelikat untuk keluarga mereka. Memang meriahlah masa waktu tawar menawar harga. Tapi jangan risau harga yang di berikan disini semua berpatutan dan memang dah murah. Jika pandai tawar InsyaALLAH harga lagi murah la anda dapat.


Post a Comment

6 Comments

  1. Bazar tok guru yg baru tu pun best!

    ReplyDelete
  2. hehheeheh ..pernah pergi sini ..mak teruja pergi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ker... huhu , mungkin terkejut barang murah2 kot huhu

      Delete
  3. Seperti Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu pun didominasi oleh kaum hawa.

    ReplyDelete
  4. Bila sampai ke kelantan jangan lupa makan nasi kerabu dengan budu,memang sodapp dan yg penting menyihatkan dengan ulam-ulaman hijau. Satu lagi, kalau singgah di pasar siti khadijah tu jangan lupa juga cari serunding, sebab serunding jarang sekali dapat harga murah kalau d luar kelantan, so ambik pluang lah bila dah sampai kelantan. Kalau bab serunding, saya suka semua, x kita serunding daging, serunding ayam n serunding ikan, semuanya saya bedall..

    ReplyDelete