travel, food and lifestyle blog

Friday, June 14, 2013

Menonton Superman : Man of Steel Bersama Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari | Tempat Hiburan Menarik di Putrajaya

Menonton Superman : Man of Steel Bersama Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari| Tempat Hiburan Menarik di Putrajaya | Dimana lagi lakau nak berhibur di Putrajaya ni kalau tak ke Alamanda Shopping Centre. Di sini lengkap dengan pusat karaoke SUPERSTAR, Alamanda Power BowlGolden Screen Cinemas (GSC) untuk peminat wayang dan banyak lagi. 

Bagi wa Golden Screen Cinemas (GSC) Alamanda adalah satu tempat hiburan yang selesa dan mudah berurusan dengan staf-staf mereka. Apa yang wa paling suka, tandas dia bersih dan selesa. Walaupun orang pergi ke Golden Screen Cinemas (GSC) bukan sebab untuk ke tandas, tapi untuk menonton wayang kan. Tapi untuk wa mana-mana tempat yang wa pergi tandas mesti bersih!!

Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari
Bersama Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari
Di sini juga merupakan tempat yang agak sesuai untuk gathering ahli kelab blogger, memandangkan masa untuk beraktiviti antara ahli blogger terhad. Ia tidak menjadi alasan untuk kami berjumpa dan berhibur bersama walaupun seketika. Sudah menjadi kebiasaan buat kami Kelab Blogger Ben Ashaari ke sini untuk menonton wayang bersama. 

Malam ni wa berkesempatan bersama mereka untuk menonton filem baru Superman : Man of Steel . Tiket wayang di booking awal-awal untuk mengelakkan dari penuh. Alhamdulillah kami sempat memilih kedudukan yang selesa didalam panggung. Teruja yang amat bila tengok penonton penuh sampai ke kerusi depan ( full habaq hang). Sambutan penduduk Putrajaya terhadap Filem Superman : Man of Steel yang amat menggalakkan "Dont know how to imaging that" macamana agaknya keadaan diorang di saf hadapan tu. Tambah pula movie ni ditayangkan 3D. mau tak juling keluar nanti . huh. 

Menonton Superman Man of Steel

Tapi, bagi wa filem ni tak sehebat filem Fast And Furious 6 yang wa tonton sebelum ni. Aksi agak banyak, tapi rasanya terlalu biasa dan mungkin cerita ni agak slow pada awalnya. Ben Ashaari dah bagi 3 bintang untuk Filem Superman : Man of Steel ni. So kalau nak tahu pasal citer ni korang kena la tengok sendiri. 


Share:

5 comments:

  1. Pergghhhhhh! x leh jadik aku nak gak tgk ex boypren aku ni beraksi kan.. hahaha ko hado?? :p

    ReplyDelete
  2. Tak best pun! Mendatar. Boring. Sebab tu ada orang tidur berdengkur, OMGeee

    ReplyDelete
  3. xajak pun huhuhu atau ini hanya untuk orng atasan sahaj a huhuhu
    www.kucinghitam.net

    ReplyDelete
  4. untung lah.... dah kwn dgn blogger femes.... shawn pun ada ye.....dah ler tak ajak remy...padahal...rumah ngan alamanda tu 15 minit jer......

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive