Masjid Beijing Cetusan Idea Tuan Guru

Masjid Beijing Cetusan Idea Tuan Guru | Bangunan berbumbung hijau dan diselari dengan warna merah itu mencuri perhatian umum sesiapa sahaja yang menghala ke pekan Rantau Panjang atau yang baru memasuki negara ini melalui pintu sempadan. Jadi tak mustahil lah bila ia berjaya menarik minat kami untuk berhenti di sini seketika. Alhamdulillah sempat memunaikan solat disini selepas penat membeli belah di Rantau Panjang.

Masjid yang pembinaannya dicetuskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 1992, dianggarkan menelan kos RM9 juta kini hampir siap dan telah mula dibuka pada bulan Ramadan dengan seorang imam dari China diundang untuk mengimam solat tarawih.


Ia diberi gambaran awal sebagai masjid tiga budaya di mana selain budaya Cina sebagai terasnya, ia turut diselitkan sedikit dengan calitan budaya India dan Melayu di pinggirannya dengan lorekan simen di beranda di samping lakaran geometrik Asia Tengah di dalamannya.

Ada yang berpendapat, reka bentuk masjid ini suatu kecelaruan seni bina yang menyimpang dari segi tradisi, sejarah dan estetika dalam suatu zaman, budaya serta nilai kehidupan masyarakatnya. Apapon wa tak dapat komen apa-apa sebab setiap orang ada pendapat masing-masing. Yang penting ia adalah sebuah masjid yang suci untuk kita menunaikan solat.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas | Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.

Lokasi masjid ini terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, sekitar 2 km daripada Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar . Ia mula dibina pada 12 September, 2005 dan akan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Ada sesuatu yang pelik mengenai tandas di sini. Kalau korang perasan tandas dibahagian bawah tu tidak mempunyai paip. So dari mana datangnya air kan. Tapi air sentiasa penuh. Sistem apa la yang diorang gunakan ye. Pada awalnya memang wa ingat tandas tu rosak. Tapi bila wa keluar dan check satu persatu toilet yang ada, semua sama. tak ada paip. Aish musykil, takkan rosak. Hahahah apapon tandas dia selesa dan bersih. Mohon sape-sape tahu pasal ni. Mana la tahu kan wa tersilap ke. huhu. Maklumla pertama kali jejak kai kat sini.



Post a Comment

8 Comments