Jambang Lambang Lelaki Maskulin | Tips Lelaki Berjambang

Jambang Lambang Lelaki Maskulin | Tips Lelaki Berjambang | Yang mana ok? ada jambang ka tak ada jambang? MY pon tak pasti, tapi MY lebih selesa berjambang kerana bagi MY janggut tu sangat memberi keyakinan. *tu bagi MY la. Bagi orang lain aku tak pasti. Hahahaha. ada jugak lelaki suka simpan misai dari janggut. Ikut keselesaan. Namun, tidak semua lelaki dikurniakan jambang, itu harus diingat heheh. Insan terpilih macam MY je bertuah :P.

Sumber gambar facet.wp.pl

Dari segi penampilan. Penjagaan sangat penting untuk memastikan diri sentiasa berketerampilan. Itu yang membuatkan jejaka-jejaka bertuah seperti MY ni terasa agak teruji. hehehehe. Mana taknya, nak shave dan jaga jambang tu bukan senang. Kalau takut sangat jambang tu rosak, terpaksa ke kedai gunting la. Itupun kedai terpilih je. Silap-silap kedai hemmm mendapat la.

LELAKI dengan jambang memang tampak maskulin. Tambahan pula apabila si jejaka secara semula jadi dianugerahkan rupa kacak dan kulit yang bersih, pasti aura kelelakian itu menyerlah dengan bulu yang tumbuh di tepi kiri dan kanan sisi pipi serta dagu.

Namun, tidak semua lelaki dikurniakan jambang. Ada yang sekadar berpuas hati dengan janggut dan misai. Ada pula kategori yang bebas tanpa sebarang bulu pada muka. Bagaimanapun, sebenarnya rata-rata lelaki memang menyimpan hasrat memiliki jambang.

Kadar pertumbuhan bulu wajah bergantung kepada genetik seseorang tetapi sekiranya anda mahu membentuk gaya berjambang, anda boleh mengikuti pelbagai teknik yang berbeza:

JAGA WAJAH


Cuba gantikan lapisan kulit wajah anda menerusi teknik pengelupasan. Gunakan lulur atau produk pengelupasan khusus untuk lelaki. Menyingkirkan sel kulit mati dapat merangsang pertumbuhan bulu muka baharu. Aplikasikan topeng pengelupasan pada wajah dan biarkan selama 10 hingga 30 minit sebelum dibilas.

Jaga kebersihan kulit. Cuci muka dengan air suam menggunakan pencuci muka bersesuaian dengan jenis kulit setiap pagi dan malam. Kulit yang bersih menggalakkan pertumbuhan bulu halus.

Gunakan krim atau pelembap dengan ektsrak kayu putih (eucalyptus). Bahan itu membantu bulu muka tumbuh lebih pantas.

Periksa bulu wajah yang tidak subur. Jambang tidak akan tumbuh sekata jika terdapat bulu jenis sebegitu.

Rehat secukupnya. Tidur dapat membaiki sel kulit rosak secara semula jadi, sekali gus menggalakkan pertumbuhan jambang.

Tangani tekanan secara sihat. Jambang akan tumbuh lebih cepat ketika anda relaks. Kebanyakan pakar kecantikan dan kesihatan percaya bahawa bulu atau rambut gugur disebabkan tekanan.

KEKACANG antara sumber protein yang baik untuk merangsang pertumbuhan jambang.

Vitamin dan makanan tambahan


Ambil biotin setiap hari. Makanan tambahan itu sangat terkenal dalam meningkatkan pertumbuhan rambut dan kuku. Gunakan 2.5 miligram biotin secara rutin bagi mendapatkan jambang dengan pantas.

Gabungkan vitamin B di dalam rejim diet anda. Vitamin B1, B6 dan B12 antara yang berkesan bagi membantu pertumbuhan bulu wajah.

Tingkatkan jumlah protein dalam pemakanan. Ia boleh diperoleh daripada daging, telur dan kekacang.

Jangan abaikan kepentingan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bulu atau rambut tidak boleh tumbuh dengan baik tanpa nutrisi seimbang.

Jangan cukur


Elakkan daripada mencukur atau membentuk jambang. Jika anda mahu bulu wajah tumbuh cepat, biarkan ia tumbuh secara semula jadi. Anda akan berpeluang merapi jambang itu dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas ia memenuhi wajah.

Abaikan kepercayaan yang mengatakan mencukur janggut dan jambang dengan kerap dapat membuatkan bulu wajah tumbuh lebih lebat dan pantas. Tiada bukti saintifik bagi menyokong kenyataan tersebut. Mencukur jambang hanya mengurangkan jumlah bulu pada wajah bukannya menambah kadar pertumbuhan bulu.

Bersedia dengan kewujudan bulu muka yang kasar. Tidak semua bulu muka tumbuh dengan sekata dan ia secara tidak langsung mengundang kerengasaan dan kegatalan. Sapu krim hidrokortison pada wajah secara harian dalam tempoh pertumbuhan jambang. Ia dapat membantu mengurangkan gatal dan steroid di dalam hidrokortison juga mempercepatkan pertumbuhan bulu muka._KOSMO


Post a Comment

11 Comments

  1. Ambo tumbuh jerawat jer..jambang x tumboh..aduyai

    ReplyDelete
  2. ada jambang lah macho . HAHHA

    ReplyDelete
  3. Jadi x cara ni kalau keturunanye x de jambang dan x dpt bela misai lebat ? Sbb atuk dan ayah pon sama mcm misai kucing jee..

    ReplyDelete
  4. Teringin nak miliki jambang macam imej penyanyi R&B kesukaanku Craig David..

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya saya ni bukan
    jnis berjambang tpi sekiranya saya byk kn cukur pada tempat yg tkda jmbang btul ke ia akn tumbuh

    ReplyDelete
  6. Gunalah minoxidil confirm jambang keluar lebat..

    ReplyDelete