Selami Minat dan Kemampuan Diri Kita | Kerjaya Sebagai Pereka



Selami Minat dan Kemampuan Diri Kita | Kerjaya Sebagai Pereka | Dari kecil lagi wa amat meminati bidang rekaan industri atau industrial design. Wa gemar melukis dan selalu berusaha untuk melukis. Walaupun diri ni tak ada bakat yang terpendam, tapi wa gigih belajar kerana minat. Permulaan dari meniru dan trace lukisan yang hendak dilukis menjadikan diri saya lebih yakin untuk melangkah lebih kehadapan. Alhamdulillah sekarang wa sudah memiliki Ijazah Rekabentuk Perindustrian dari UPM.

Dalam melayari dunia pekerjaan, saya sering melihat produk-produk baru datang silih berganti. Bukan sahaja kereta. Apa sahaja, setiap produk mahupun pakaian. Pergilah ke mana-mana pusat membeli belah, lihat sahaja pelbagai jenis barangan yang didatangkan dalam bentuk yang tidak pernah kita  mimpikan.

Ini kerja siapa semua ni? 

Kepada sesiapa yang minat dalam bidang rekaan, cuba selami diri anda sedalam mungkin, ketauhi dimana minat dan kemampuan anda. Adakah bidang graphic design, fashion design, textile design, advertising, multimedia dan berbagai lagi yang ingin anda ceburi? Tanyalah kepada yang berpengalaman di dalam bidang itu. Rujuk kepada yang tahu.

Jangan salah pilih. Pilihlah dengan bijaksana kerana anda akan hidup dengan ilmu anda sehingga akhir hayat. Berpeganglah kepada yang anda minati dan anda akan menyukai karier anda nanti.

Post a Comment

7 Comments

  1. minat jugak melukis, tp x asah bakat tu dan sekarang pegang pensel pun kaku. T__T

    ReplyDelete
  2. tidak semestinya bila belajar subject yg kita nak,kita akan jd designer. Tak kesah la ilmu ape pun yg kita pelajari, still dinamakan ilmu. Minat atau tidak,kita boleh perlahan2 utk pupuk perasaan minat tu :)

    ReplyDelete
  3. yang penting tuh minat...x kisah pape bidang pon...sesuatu bidang tuh luas selagi kite rajin explore mende baru...sory lambat lawat sineh...huhuhuhh!!!

    ReplyDelete
  4. thanks . entry ni bagi aku semangat . aku minat tapi aku tak cukup mencuba .

    ReplyDelete
  5. aku pun x tau apa minat aku ha3. boleh x camtuh

    ReplyDelete
  6. belajar dalam bidang yang kita minat sangat heaven.. x perlu paksa diri untuk buat sesuatu melainkan minta :)

    ReplyDelete