Gambar Konvoi Penyokong Kelantan Ke Bukit Jalil | Semangat Red Worrior

Gambar Konvoi Penyokong Kelantan Ke Bukit Jalil | Semangat Red Worrior | Bagaimana mengalirnya darah semangat Tok Janggut dalam diri mereka, begitulah juga mengalirnya semangat yang sama dalam diri ambo sebagai anok jati kelahiran Kelate ( KELANTAN ). 

Kali ni kita dapat lihat lagi bagaimana penyokong-penyokong bola sepak KELANTAN menununjukkan semangat mereka kepada pasukan bola sepak KELANTAN yang layak ke final Piala FA 2013 yang akan menentang JOHOR DARUL TAKZIM FC.

Date : 29 June 2013 (Saturday)KELANTAN VS JOHOR DARUL TAKZIM FC
Time : 8.45 pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil

I ♥ KELANTAN | Antara kenderaan konvoi TRW bermula pagi tadi. Peminat setia The Red Warrior datang dari pelbagai latar kerjaya . Namun, atas panji bendera Kelantan semua ini boleh bersatu membentuk satu atmosfera yang terbaik di Final Piala FA nanti.


Dikatakan dari semalam sudah bermula konvoi penyokong KELANTAN menuju ke Bukit Jalil untuk meyaksikan pasukan KELANTAN beraksi menentang JDT. Terasa juga kemeriahannya walaupun wa hanya memerhati jauh dari laman sosial ni je.

Sangat teruja dengan semangat peminat dan penyokong KELANTAN. Bukan baru je kita dapat lihat begini, tapi sudah bermusim. Semangat kito ore kelate keno kemah keming blako.Sep kito jange pecoh. 

Yang penting walaupun semangat penting, jago maruah , kelakuan kito. Hormat pihat lawe, kito lawe denge penuh maruah.  INSYAALLAH kemenangan milik kito. 

Gomo Klate Gomo

.

Post a Comment

2 Comments