ERL Lancar Sistem Tiket Baru | Perkhidmatan Keretapi Laju

ERL Lancar Sistem Tiket Baru | Perkhidmatan Keretapi Laju | Pada awal pagi tadi masa wa bergegas nak ke tempat kerja terkejut dengan penampilan baru tiket ERL ni. Wah stylo habis. Rupa-rupanya ERL telah lancar sistem tiket baru. Sistem baru ini dilaksanakan untuk perkhidmatan KLIA Transit pada 5 Jun.

Express Rail Link (ERL) merupakan kereta api yang menggabungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Pusat Bandar Kuala Lumpur. Perjalanan menaiki ERL mengambil masa yang singkat untuk sampai ke destinasi.

BERNAMA | Sistem tiket automatik baru untuk perkhidmatan KLIA Ekspres, yang dilancarkan oleh Express Rail Link Sdn Bhd ( ERL ), tidak saja menawarkan kemudahan tambahan untuk pengguna, malah menjimatkan kertas dan kos penyelenggaraan mesin tiket.

Menerusi sistem baru ini, pintu masuk tiket dipasang pengimbas atau sentuh dan tidak lagi perlu memasukkan tiket, khidmat layan diri seperti kiosk layan diri, portal dalam talian dan aplikasi mudah alih untuk menggantikan sistem tiket ERL kertas jalur magnet sedia ada.

Tapi apapon , yang paling penting  tambang semasa KLIA Ekspres dan KLIA Transit kekal tidak berubah.

Post a Comment

1 Comments