BIKERS KENTAL Filem Kembara Pemotoran

BIKERS KENTAL Filem Kembara Pemotoran | Filem komedi 2013 yang agak santai dan simple. Tetapi sangat cool . Setiap watak yang diberikan kepada pelakon-pelakonya memang sesuai dan hidup. Walaupun hanya sebuah filem yang agak biasa bagi wa, tapi memang santai dan kelakar. Rasanya filem ini sesuai untuk mereka yang nak release tension.

Astro Shaw Sdn. Bhd. (ASHW) telah menerbitkan sebuah filem terbaru berjudul Bikers Kental dengan kerjasama Califwork Studios Sdn. Bhd., arahan sulung seorang pengarah fotografi terkenal, Helmi Yusof. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Awie, Bront Palarae, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Amerul Affendi, Sufian Mohamed dan dua artis Thailand, Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem

Galaksi-media | Filem ini juga menampilkan dua orang pelakon wanita daripada Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem yang diperkenalkan oleh pihak produksi Thailand, Film Frame Production. Kedua-dua pelakon wanita ini memang sesuai diketengahkan di dalam filem Bikers Kental kerana memerlukan tahap kecergasan yang tinggi selain berbakat besar di bidang lakonan. Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Lebuhraya PLUS di Malaysia dan di sekitar Krabi, Hatyai, Phuket dan Sadao di negara Thailand , ini telah menelan belanja sekitar RM1.9 juta

Post a Comment

1 Comments

  1. xminat cerita kelakar yg mcmni, tp depa cakap best. eh?

    ReplyDelete