Ziarah di Hospital Kuala Lumpur

Ziarah di Hospital Kuala Lumpur | Ahad lepas sempena Hari Ibu, wa berpeluang ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) bersama rakan blogger lain untuk menziarahi ibu kepada rakan blogger kita Pari-pari Putih yang sedang menerima rawatan disana. 

Alhamdulillah, ibu beliau dah semakin pulih dan berharap cepat sembuh. Dan boleh melakukan aktiviti harian seperti sebelum-sebelum ni.

Memandangkan hari yang kami pergi tu hati Ahad merangkap Hari Ibu pulak, memang ramailah orang kesana untuk menziarah kenalan masing-masing. Jadi parking pun penuh dan jangan mimpi lah kalau nak naik lif untuk ke tingkat atas atau turun. Bagi je peluang untuk makcik-makcik dan pakcik-pakcik atau kepada mereka yang lebih memerlukan. hehehe. Semput jugak dibuatnya bila naik ke tingkat 5 guna tangga ni hahaha.  Tu baru tingkat 5 kan? kalau tingkat 10 macamana? silap-silap aku pulak yang korang ziarah nanti huhu.

Post a Comment

0 Comments