Cinta Hati

Tuesday, May 14, 2013

Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat

Share it Please
Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat | Kalaulah kita perasan, dalam mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ni memperlihatkan kepada kita akan struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin teruk dari pelbagai segi. Tak tahu dari mana salahnya. Mungkin tu sangat susah untuk di perbincangkan di sini.

Gambar dimana sahabat lain mengatakan bahwa kami mempunyai  wajah yang iras. korang tengok ada iras  ke? hehehehehhe eh tetiba, macam tak der motif je hehehe.
Hadith :

Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. Riwayat Muslim

Sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain.

Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam pepatah Melayu " cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya ". Maksud wa, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.

Harap nilai persaudaraan aku, keluargaku dan  sahabat-sahabatku yang lain dipelihara oleh Allah SWT. Diminta jauh dari segala fitnah dunia, jauh dari tipu muslihat syaitan. Amin 

No comments:

Post a Comment

Dah baca jemput-jemput la komen . kikikikiki

Busuk

PINGLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...