travel, food and lifestyle blog

Followers

Mengundi jom Mengundi



Alhamdulillah sedar tak sedar dah layak mengundi dah.
Tapi kalau nak layak untuk menjadi pengundi kenala mendaftar sebagai pemilih dahulu.
Wadi dah.. Anda bagaimana.


Kalau tak jadi pengundi hantu la jawabnya. ngeh-ngeh.
Tak sabar rasanya nak mengundi nie. 
Dah lama tunggu, Tapi entah bila la tarikh mengundi ni agaknya. hmmmm.
Dari tahun lepas hingga la ke tahun nie, masih takde jawapan.
Wadi dah ada calon untuk di undi. Anda bagaimana?

Buatlah pilihan yang terbaik demi masa depan negara tercinta.

Share:

Petua Hilangkan Bau Durian pada Tangan


Dalam asyik dok bermuka buku tadi ternampak satu petua untuk hilangkan bau durian pada tangan. Tetiba tergerak hati nak kongsi pada rakan-rakan semua, almaklumla skang ni kan Durian tengah penas dipasaran hahah.

Apa petua dia??


Basuh tangan dengan alirkan air bersih pada kulit durian seperti gambar di atas.

Insyaallah hilang la bau dia. Elok la kita amalkan kalau ia menjadi. kalau tak sehari tangan masih berbau durian. ahhahaah.

selamat Beramal 
Share:

Perkara Yang Perlu Ada Untuk Apply Kerja


Macam biasalah kalau nak apply kerja, benda pertama yang diorang mintak adalah RESUME / CV. Pergi mana-mana company pon, benda ni la dia mintak dulu. Pastu kalau macam kami dari bidang seni nie pulak PORTFOLIO.

contoh cover design portfolio aku 

Portfolio ni sebenarnya hasil kerja seni kita yang lepas-lepas la. Kalau boleh yang terbaik, itu dah semestinya kalau nak promote diri sendiri kan.
Sesetengah syarikat, kalau kita apply melalui e-mail, mereka minta terus resume dan portfolio. Tapi sesetengah syarikat pula hanya minta resume je, dan bila dipanggil interview baru bawa portfolio. So yang penting kedua-dua benda ni wajib ada.
Kalau nak bawak sijil ke hapa tu belakang kira huhu.
Share:

Belajar Autocad 2012.



Selepas habisnya blajar kat UPM ni, gua terus ambil Kelas 3P(autocad2012). Saja cuba nasib mana tahu lulus dapat la sijil dari autodesk. 


tapi dalam hati memang tak ada niat nak ambil pun. Sebab ambil ni pun kerana free. So ambil jelakan huhu. Dan memang tak terlintas pun nak dapat keputusan cemerlang kecuali lulus dapat sijil dari autodesk. tu pon was-was.


Gua kena attend kelas ni dekat 2 minggu jugak la , sebelum exam jumaat (6july 2012).
Dalam nak tak nak belajar autocad ni, gua rasa beruntung bila dapat catch up dan tahu untuk buat drawing yang susah-susah seperti gambar atas. Ye la selama ni just guna solid work jer. Autocad plak blajar tak tahu apa. huhu. So bila dah ada peluang nak blajar balik ni, Alhamdulillah la :)

So bila tiba je hari exam, jawab je dengan redha. Exam dia teori, dan sama seperti ujian undang-undang terus dapat result. Bila sampai masa nak submit memang menggiil la tangan ni. Tapi redha jela. 

Tup...Tup...


ni keputusan yang keluar... Alhamdulillah.. memang takdisangka oleh otak yang normal bla gua dapat 100% beb. haaaaaaaaaaaaaaa.. betul ke nie... ngeeeeeeeeeeee... Alhamdulillah sekali lagi. :)
Terima kasih buat traner gua Pn. Sue.. u are the best.. Tapi kesian dia, gua tersalah jawab penilaian.. semua salah gua sebab tak baca survey tu betol-betol. I'm so sorry puan. My mistake :(. but you are the best. 


Share:

Floria 2012 ,Putrajaya

Lepas berpenat lelah dengan kursus Autocad, kami mengambil peluang ke Floria 2012 kat Putrajaya. Memang dekat la kan dengan UPM.


Bila dah nama pon Floria, mesti la BUNGA ka. huhu



toink-toink inilah wajah ku yang terbaru.. (blueeeekkkk)


pokok bonzai pon ader


woah pepatung gergasi.


ada hiasan taman


nice sculpture


ha , yang ni aku paling suka.payung-payung beso


kalau dah suka apa lagi bertenggek la nak ambil gambo heheheh



dengan diorang la aku pergi huhu

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive