Marrybrown : Menu Fiesta Mexicana yang Menggiurkan

Fiesta Mexicana Marrybrown

Nah, Marrybrown, restoran perkhidmatan pantas terbesar tempatan, baru-baru ini memperkenalkan menu terbaharunya yang pasti membuatkan mulut berair dan perut lapar. Namanya? Fiesta Mexicana! Hidangan istimewa ini tidak hanya mengambil inspirasi dari Mexico, tetapi juga memikat rakyat Malaysia dengan rasa yang unik dan menarik. Tak kisah la kalau korang peminat makanan pedas atau pun manis, Marrybrown dah gabungkan semua rasa dalam hidangan istimewa ni. Pastinya sedap dan puas hati!

Dalam tempoh dari hari ni sampai ke hujung bulan September, korang semua berpeluang ke Marrybrown dan rasa sendiri keunikan hidangan yang ada dalam Fiesta Mexicana ni.

Korang tau tak, Marrybrown ni sentiasa usaha cari yang baru untuk peminat makanan dia. Kali ni, konsep Mexico menjadi inspirasi utama. So, dalam menu terbaru ni, ada pelbagai hidangan ala Mexico yang korang memang kena cuba!

Antara yang jadi kegemaran ramai ialah Mexicana Chicken & Chips. Ayam rangup disajikan bersama sos Mexicana yang manis dan pedas. Tak lupa kentang goreng pun ada sekali. Harga bermula dari RM17.90. Nak yang mudah tapi sedap, boleh try Kombo Mexicana Chicken Wrap. Ayam disajikan dengan Salsa Fresca dan sos Mexicana yang memang tak boleh resist!

Marrybrown

Penggemar ayam, jangan risau. Ada juga Kombo 2-ketul Mexicana Chicken bermula dari RM20.80. Setiap hidangan kombo tu ada segelas Fresca Fizz yang menyegarkan, serta Corn Chips dan Salsa Fresca sebagai hidangan sampingan. Kalau korang nak pilihan yang padu, Mexicana Feast adalah jawapannya. Ada 1-ketul Mexicana Chicken, Mexicana Chicken Wrap, Corn Chips, dan Fresca Fizz dalam setiap hidangan. Harga bermula dari RM25.80. Jangan lupa tambah Nacho Cheesy Crunch (harga bermula dari RM6.20) dan Apple Pie (harga bermula dari RM3.50) untuk penuhkan kenyang!


Oh ya, Marrybrown ni dah terkenal dengan kualiti servis dan pengalaman makanan yang mantap. Bukan setakat di Malaysia je, tapi mereka dah berjaya menjadikan jutaan pelanggan puas hati dari lebih 500 restoran di 16 buah negara.

So, jom kita rasa keunikan Fiesta Mexicana ni. Untuk maklumat lanjut, promosi, dan servis penghantaran, boleh kunjungi laman web Marrybrown di https://marrybrown.com/ atau install Aplikasi MB di https://mbapp.marrybrown.com/. Dan jangan lupa follow sosial media Marrybrown di Facebook (Marrybrown Malaysia), Instagram (Marrybrownmyc), TikTok (Marrybrownmy), dan YouTube (Marrybrown TV) untuk update terkini.

Jom sertai Fiesta Mexicana untuk merasai pelbagai cita rasa dalam setiap suapan!

Post a Comment

0 Comments